Sunday, December 26, 2010

BN FAHAMKE UNDANG-UNDANG NI?

KENYATAAN AKHBAR
PAS SELANGOR SOKONG LARANGAN GUNA LOGO 1 MALAYSIA


PAS Selangor berdiri teguh dan mempetahankan keputusan kerajaan negeri Selangor dalam melarang penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan dan kain-kain rentang perniagaan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri. Ternyata slogan 1 Malaysia yang dipergunakan oleh Barisan Nasional sebagai slogan politik mereka adalah slogan politik dan tidak sesuai digunakan sebagai sebahagian dari iklan perniagaan kerana ia bakal meresah dan mengelirukan rakyat.

Selama ini tidak ada mana-mana iklan perniagaan di Selangor yang menggunakan logo atau slogan parti-parti politik samada dari kerajaan negeri mahupun pembangkang.

Walaubagaimanapun pihak BN dan parti-parti komponannya bebas menggunakan logo berkenaan pada kain-kain rentang dan poster mereka pada bila-bila masa selagi mana ia memperolehi permit dari PBT di Selangor.

Larangan ini bertepatan dengan peraturan negeri yang sedia ada yang diamalkan sejak zaman BN berkuasa di Selangor lagi. PAS Selangor menyeru pihak BN dan yang berkaitan agar menghormati undang-undang dan peraturan yang sedia ada dan tidak mempolitikkan larangan ini. Semua pihak selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab wajar mendaulatkan undang-undang dan peraturan sebagaimana termaktub dalam Rukunegara.



DIKELUARKAN OLEH:
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR
26 Disember 2010/ 20 Muharam 1431

(Diharapkan BN dalm kes ini jangan jadi gangster buat tak faham dan tak menghormati undang-undang macam selalu)

No comments: