Tuesday, July 19, 2011

CUBAAN RASUAH IBRAHIM ALI

Kejayaan BERSIH 2.0 menyertakan pelbagai kaum dan dengan sambutan yang hangat disebalik ugutan dan propaganda media perdana juga memberi petunjuk bahawa suara PERKASA sebenarnya adalah lembik dan tidak berdaya. Kontradit kepada nama pertubuhan yang dibawanya.

Ditambah pula berita mengatakan perjumpaan santai pihak PERKASA adakan berhampiran tasik pada 9 Julai lepas hanya disertai pulohan orang sahaja. Tidak seperti digembar-gemburkan bahawa pulohan ribuan ahlinya akan turun pada tarikh itu.

Imejnya kini tercalar teruk dan bagi mengilap kembali imejnya maka cuba ditonjolkan satu anugerah RM 5000 atas namanya kepada pelajar UiTM yang dinisbah tebal kemelayuannya. Malang berganda menimpa dirinya bila ramai memberi respon yang negatif terhadap anugerah tersebut. Malah ada yang mencadangkan anugerah itu hanya sesuai kepada atlet sekolah yang menjuarai acara lompat jauh atau lompat tinggi. Apa rasionalnya rasanya ramai yang tersenyum.

Apa yang berlaku keatas dirinya membenarkan beberapa tanggapan awal bahawa PERKASA digerakkan menggunakan dana yang banyak.Menjadi persoalan ialah daripada mana sumber wang tersebut? Mungkin hanya 'mentornya' sahaja dapat menjawab persoalan tersebut. Sehingga itu kita akan melihat masih ada lagikah orang melayu yang begitu mudah dibeli harga perjuangannya?

No comments: