Monday, March 19, 2012

PMku yang Flip-Flop

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah negara yang telah lama merdeka mempunyai seorang Perdana Menteri yang mempunyai dasar pemerintahan yang sentiasa berubah. Dari Tuanku Abd. Rahman yang dkenali sebagai seorang yang tegas dan bersikap ‘gentlemen’ terhadap musuh-musuh politiknya sehingga kepada zaman Pak Lah yang dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai seorang PM yang paling bertolenransi. Kesemua mereka walaupun mempunyai kelemahan yang tersendiri tapi masih mengekalkan ketegasan dan komited terhadap dasar pemerintahan yang telah digubal.

Namun berbezaan secara ketara pada Perdana Menteri yang ke enam Malaysia ini yang sentiasa mengubah ketetapan yang telah dibuat. Seolah memperlihatkan bahawa setiap dasar yang dibuat hanya mengambil kira kepentingan sesetengah pihak dan bila menjelang pilihanraya kepentingan puak-puak yang terbabit perlu dikendurkan bagi meraih kembali sokongan rakyat. Sebagai sifatnya yang sedia terserlah tidak mustahil jika sokongan rakyat telah diraih maka kembalilah ia menjunjung kepentingan puak-puak yang berkehendak.

Dari isu PPSMI ke isu ISA sehingga kepada yang terbaru isu SBPA dan tidak mustahil usaha-usaha menggadaikan tanah Felda ke pasaran saham akan dikendurkan bagi memperlihatkan kepada rakyat betapa beliau adalah seorang PM yang begitu memperdulikan rakyat.

Semua sedia maklum mereka yang terbeban dengan dasar yang ‘flip-flop’ ini adalah jentera pentadbiran kerajaan. Begitu banyak masa dan kewangan yang terbazir untuk mengimplemetasikan dasar-dasar itu. Tidak termasuk kebinggungan dikalangan mereka untuk melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan.

Geram dan meluat dengan karenah kerajaan tidak terubat dengan pemberian wang RM500 dari BR1M kerana kebanyakkan dari mereka adalah tidak layak. Disamping melayan karenah ‘bos-bos’ mereka yang obsess mengejar kedudukan DG sehingga sanggup memperkudakan kakitangan bawahan.

Adakah fenomena millineum (PRU-10) bakal menjadi tsunami baru membungkam BN menjelang PRU-13 hanya kerana mempunyai seorang PM ‘Flip-Flop’? Jutaan kakitangan awam mempunyai jawapan mereka.

No comments: