Friday, April 9, 2010

BAGAIMANA RASUAH BERMULA

Duit berkat RM 1500.00

Bagi seorang pekerja yang bekerja berterusan 20 hari dalam sebulan dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kos yang perlu mereka keluarkan ialah tenaga, masa, duit minyak dan duit makan. Cukup bulan mereka dibayar semula pelaburan mereka itu. Ada yang kata cukup(Alhamdulillah) dan yang ada kata tak cukup(Subhanallah). Biasanya duit gaji yang berkat sentiasa cukup jika dibelanja dengan cara penuh berhemah. Namun nafsu manusia tidak terbatas berkehendak pada bermacam karenah. Syaitan sentiasa membisik dikalbu kita.

“Ambil sedikit duit tu kau berjuang untuk bangsa kau. Perlu ambil sedikit  ganjaran. Kalau kau tak kebas orang lain yang kebas. Pemimpin kau pun kebas. lagi… banyak!”

Maka syaitan akan tersenyum bangga jika kita bersetuju dengan ungkapannya. Bermulalah episod ”RASUAH”. Diulang dengan berbagai cara. Merebut setiap peluang yang ada. Perbelanjaan atau perolehan tidak setimpal dengan jawatan yang disandang. Nak kata buat ’direct selling’ atau berniaga secara sambilan tidak juga. Namun keretanya menyilaukan mata orang lain. Rumah kediaman pula  janganlah cerita ubahsuai bergilir masa.

Maka wujudlah sekelompok manusia yang kononya memperjuangkan bangsa tetapi bergelumang dengan dosa. Mengambil wang yang bukan milik mereka.

Semuanya bermula dengan ”duit berkat”.

Friday, May 8, 2009

BOLEH KE TUAN LAWYER

Mikeljohan cadangkan melalui email, buat MP-MP Pakatan Rakyat, bila Parlimen bersidang nanti mereka bolehlah ;

1. Bila mendapati MP-MP dari BN dah berkuranggan ( biasanya mereka ni Malas datang ke Parlimen) dan MP-MP dari Pakatan Rakyat dan mencapai majoriti masa tu MP-MP dari Pakatan Rakyat lantik lah Speker mereka sendiri dan Campak sahaja Speaker yang berkuasa ketika itu (Kalau di Perak boleh takan mereka kat parlimen tak boleh).

2.Satelah Speaker baru dari pakatan Rakyat dilantik maka boleh lah MP-MP dari Pakatan Rakyat buat apa yang mereka nak - Nak lantik PM baru ke atau apa sahaja. Perak boleh , Malaysia boleh, Yob oooi, bila gila kuasa menguasai diri ini maka semuanya Halal belaka !

Thursday, May 7, 2009

AWAS KUMPULAN PERAMPAS

Mereka adalah kumpulan perampas. Dulu mereka merampas hak rakyat. Separa terhukum bagi menginsafi. Ternyata masih belum sedar. Kerja merampas sudah sebati. Selepas merampas MB mereka berpandangan berjaya merampas Perak. Namun mereka terlupa ada seorang lagi. Kini kerja merampas diteruskan. Mangsanya 'speaker'.


Artikel XXXVIA(3) dari Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bila mana Speaker tidak hadir sewaktu sidang di dewan undangan negeri, seorang ahli dewan akan, mengikut peruntukan Arahan Tetap, dilantik melaksanakan tugas-tugas Speaker.

Jangan terkejut jika satu hari nanti Artikel XXXVIA(3) ini dirampas dan bertukar takrifan.

2 DAN 1

Perak kini mempunyai
2 orang MB
2 orang speaker
2 aliran media yang melapurkan
dan ada kalangan rakyat mencadangkan 2 raja

Impian DS Najib terhadap 1 Malaysia bernoktah disini.
Apa pun terjadi Allah Maha Esa. Tiada 2

Monday, May 4, 2009

PAS DIJANGKITI SINDROM UMNO

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa memulakan 'berpuasa' dari mengulas isu kepimpinan ulama. Sewajarnya ulama rasmi dan tidak rasmi mengikuti langkah beliau. Bercakap atau mengulas adalah hak peribadi namun barang diingat sesuatu yang peribadi itu bakal mengubah persepsi rakyat terhadap PAS. Seharusnya semua pihak harus fokus pada pembangunan parti daripada membebel pasal kepimpinan.

Ulama atau profesional hanya gelaran. Doktor yang tidak mengubati pesakit bukan doktor. Guru yang tidak mengajar bukan guru. Pemimpin yang tidak memimpin bukan pemimpin. Jika seorang ulama atau profesional tidak berkhidmat/bekerja apa yang boleh dibangga dengan jawatan itu.

Adakah PAS mula dijangkiti sindrom UMNO?
Jawatan macam fail bersusun keje asyik membebel. Berkhidmat? Entahlah. Inilah bibit-bibit permulaan sindrom UMNO, yang selalu dikutuk itu. Tanpa disedari telah tersampuk kedalam diri kita sendiri.

Thursday, April 30, 2009

CERITA SEKETUL TAHI

Tiba-tiba gempar diperkatakan oleh jemaah akan seketul tahi di saf hadapan satu masjid. Letak masjid yang dulunya uzur kini mula berubah dengan lampu yang baru, ruang jemaah yang bertambah, penuh dengan program dan berhawa dingin. Jika dulu masjid ini hanya dikunjungi oleh warga tua dan mereka yang benar-benar mengimarahkan masjid kini jemaahnya semakin ramai.

Cerita seketul tahi itu diperkatakan oleh khalayak ramai termasuk mereka yang hanya berjemaah sekali sahaja setahun semasa solat hari raya. Kalangan ustad berhujah panjang lebar akan hukum fekah mengenai najis. Kalangan doctor berhujahkan najis dari sudut kesihatan. Kalangan pencipta alam sekitar pula berhujah kesannya pada alam sekitar. Semua pihak menyatakan pandangan berdasarkan pengethuan yang mereka miliki.

Pelbagai cadangan dikemukakan. Ada yang mencadangkan mahluk yang membuang najis itu dipakaikan lampin. Ada yang mencadangkan diadakan gerakan besaran memburu dan menghalau mahluk itu. Sehingga ada yang mencadangkan agar dikhatan mahluk itu.

Disatu sudut lain ada pihak sedang mengambil kesempatan dari peristiwa ini. Mereka adalah mantan jawatankuasa masjid yang tersingkir dari pemilihan. Mereka mula mencanangkan bahawa jawatankuasa baru sekarang tidak layak dan sentiasa berbalah sesama sendiri. Ditambah lagi cerita bahawa jawatankuasa sekarang punca jemaah berpecah belah dan membiarkan mereka diperalatkan oleh orang lain.

Namun cerita seketul tahi itu tiba-tiba terhenti bila siak masjid yang bercuti selama tiga hari kerana keuzuran mula bertugas. Diambilnya penyapu kecil lalu disapunya tahi yang telah kering itu kedalam bekasnya lalu dibuang. Lagipun ia hanya seketul tahi cicak yang berak tak kira dimana sahaja samada dalam masjid, dalam dewan orang ramai, dalam pejabat bahkan dalam rumah kita sendiri.

SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SIAK MASJID. Yang lain tu hangpa fikir sendiri.