Sunday, February 27, 2011

KAU PILIH DIA KE?

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan kepada penyokong BN.

"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina.”
"Ini perkara biasa kerana kebajikan bermula di rumah,” kata Mohd Ali sambil tersenyum sinis.
"You help me, I'll help you"

Kesian Kak Yam, ibu tunggal di Kampung Chin Chin. Setiap kali musim mengundi yang dia tahu hanya pangkah gambar dacing. Begitulah juga arwah suaminya dulu. Kau cakap apa pun mereka tak peduli. Kau cakaple pemimpin umno rasuah, korap, seleweng duit rakyat, jual tanah Melayu, harta bertimbun dsbnya semua dia tak ‘ambil port’. Berbuihlah mulut korang berkempen satu pun tak sangkut.

Hujahnya satu,”Kalau mereka rasuah ke apake kenapa TV3 tak cakap. Kenapa Utusan Malaysia atau Berita Harian tak cakap?”

Cuma pada tahun 2008 adale orang Pas ziarah kerumah dia kerana dia ibu tunggal. Berita dia terima bantuan sekampit beras sampai kepengetahuan ketua kampong yang semulajadi ketua umno. Disebabkan itu namanya digugurkan dari senarai penerima bantuan baik dari kerajaan negeri atau zakat.

Menurut seorang anak buahnya yang secara kebetulan adalah dari Unit Amal Hulu Langat, pada tahun 2008 dan sebelumnya emak saudaranya itu masih mengundi BN. Pada PRK Merlimau nie tengok aje keputusannya nanti. Adakah Kak Yam dan ribuan mereka yang lain masih terpukau dengan pembangunan kosmetik?  Masih lena dibuai oleh media perdana?

Cuma ada suara kecil luahan hati dari Kak Yam mengenai layanan ketua kampungnya itu dan duduknya kroni-kroni mereka yang semakin mewah membezakan diri daripada masyarakat kampong yang lain.

Wednesday, February 23, 2011

CERITA KELING KARAM DI MELAKA

Sewaktu sedang makan di Jeti Bot Pernu, Melaka ada cerita menarik untuk dikongsi bersama. Cerita keling karam. Ceritanya begini.

Pulau Besar ni dulu lagi dijadikan tempat untuk membayar niat. Maka nak jadi cerita adalah serombongan mamak(mungkin dari KIMMA kot) mengunjunginya. Dalam pelayaran ke Pulau Besar itu ribut secara tiba-tiba melanda. Bot yang mereka naik terolang-aling kuat menyebabkan penumpangnya semua kecut perut.
Dalam keadaan panik itu seorang mamak berkata.”Saya kalu selamat kalu potong lembu buat kenduri.”

Kata-kata mamak itu didengar antara endah tidak kerana masing-masing dalam keadaan panik dilambung ombak di tengah lautan. Bot yang dipandu terus menghampiri lebih dari separuh perjalanan. Ombak masih bergelora namun ada kelegaan dikalangan penumpang bila dataran Pulau Besar semakin jelas kelihatan.

Sekali lagi mamak yang sama berkata,”Saya kalu selamat sampai potong kambing buat kenduri.”

Sebagai mana janji yang pertama tadi semua penumpang tidak memperdulikannya. Bot semakin menghampiri pantai namun tempat pendaratan yang biasa digunakan terlalu bahaya untuk dihampiri. Pemandu bot yang berpengalaman mengambil keputusan untuk mendarat jauh dari tempat biasa. Ini menyebabkan semua bot terpinga-pinga kenapa pemadu bot tidak terus mendarat kerana daratan Pulau Besar sudah jelas dihadapan mata.

Menjangkakan ada masalah pada bot berkenaan mamak yang sama berkata,”Kenapa aya tara sampai? Saya kalu selamat mau buat kenduri potong ayam.”

Akhirnya pemandu bot berjaya mendaratkan penumpang di pantai.  Sauh dijatuhkan dan semua penumpang bergegas keluar bersama barangan yang dibawa mereka.  Air laut separas pinggang diharungi oleh seorang lelaki dewasa yang terjun awal membantu mengikat tali bot pada sebatang pokok besar berhampiran pantai. Tangga kayu lantas diturunkan agar memudahkan penumpang lain menurunkan barang dan tidak perlu mengharungi air laut yang berombak besar.

Setelah semua penumpang bot turun, pemandu bot memeriksa keadaan bot dan bila telah berpuas hati dengan keadaan botnya dia memeriksa dan mengemaskan ikatan tali bot berkenaan. Azan Zohor yang berkumandang di surau berdekatan mengamit pemandu bot membersihkan diri menyahut seruan penciptaNya. Selepas solat dan doa kesyukuran dipanjatkan beliau perlu menyahut panggilan ‘perutnya’. Semasa perjalanan menuju gerai berhampiran beliau terserempak dengan penumpang mamak yang bising tadi.

“Bila aya mau buat kenduri?” soalnya pendek memandangkan beria-ia benar mamak tadi mencanangkannya.

“Cit mana ada,”mamak tadi dengan sungguh menjelaskan.

Pemandu bot hanya mampu tersenyum mendengar jawapan mamak tadi.

Cerita ini mungkin dapat dikaitkan dengan PRK Merlimau dan Kerdau. Janji pembangunan jutaan ringgit ditaburkan. Entah jadi atau tidak. Bila umpan sudah mengena dan kemenangan sudah dicapai harga minyak menanti untuk dinaikkan. Ingat Galas, ingat Tenang. Rakyat menerima ‘hadiah’ kenaikkan harga minyak dan barangan keperluan selepas kemenangan BN.

UPU CHIN CHIN MELAKA


Berkunjung ke Melaka sesuatu yang tipikal mengenai rumah-rumah di sana ialah rumah limas dengan halaman mereka penuh kehijauan rumput  dan biasanya ditanam berjajaran pokok bunga kertas. Anda bernasib baik jika ada antara rumah-rumah itu yang masih bertangga batu berjubin warna-warni sebagai lambang mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Ziarah ke UPU Chin Chin baru-baru ini sukar menjumpai begitu. Lorong-lorong kecil ke rumah penduduk kampong bertar. Ada juga yang mengambil kesempatan sempena PRK Merlimau  untuk mentarkan halaman rumah mereka. Bau tengik tar masih dapat dihidu menunjukkan bahawa kerja-kerja yang dillaksanakan baharu sahaja dalam tempoh terdekat. Bertuahlah penduduk Kampung Chin Chin tidak seperti kampong disebelahnya, Kg. Terentang yang tidak menyertai PRK. Kami difahamkan bahawa rumah yang bertar halaman sepenuhnya adalah kepunyaan orang-orang umno biasanya ketua kampong atau AJK cawangan.

Semestinya turut terlebih gembira ialah para kontraktornya (biasanya kroni umno untuk memudahkan urusan supaya lebih afdal). Kemurahan rezeki yang diterima bakal dikongsi bersama jentera umno yang gah berkempen awal memasang ribuan bendera dacing dikiri kanan jalan. Puluhan bilik gerakan yang mereka bina menampakan ciri kemewahan yang dimiliki. Khemah-khemah sementara dipasang dengan diatur puluhan kerusi. Bergayutan bendera dacing digantung sehingga tidak nampak orang di dalam khemah barangkali sengaja dilakukan demikian menyembunyikan kekosongan jentera yang hadir. Dengan kemewahan sedemikian barangkali dapat kita anggarkan berapa jumlah bayaran perlu dituntut oleh sang kontraktor yang sibuk siang malam menyiapkan infrastruktur ‘wayang’ itu. Perlu diingat dari kocek mana duit itu mengalir keluar.

Kocek rakyat Melaka amnya yang telah terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan.
Mengapa perlu begitu? Mengapa perlu dirasuah oleh pemimpin yang terbukti perasuah?
Terima hak anda namun tamatkan penguasaan mereka yang merasuah anda. Keputusan yang bakal anda buat akan menentukan kesinambungan budaya rasuah yang telah terkesan pada anda dan rakyat Melaka yang lain.

Sunday, February 20, 2011

KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR & STEPS TURUN PADANG BERSAMA YB DR SHAFIE ABU BAKAR

Program YB Masuk Kampung terus mendatangkan kegusaran kepada Noh Omar selaku penaung STEPS. Melalui KP Umno Selangornya yang bemukim di Serdang mengarahkan anak-anak buahnya yang bernaung bawah STEPS ‘cuba’ menganggu kelancaran program-program YB ADUN Bangi. Kawasan tumpuan adalah kawasan kampong yang pernah menjadi kubu kuat umno dulu.


Di Sg Ramal Dalam ‘gangguan’ telah dimulakan. Kini di Sg. Tangkas mereka bertindak lebih agresif. Baner program yang digantung telah dicuri sehari sebelum program dijalankan. Siasatan sedang dijalankan melalui beberapa aduan penduduk yang melihat beberapa orang remaja belasan tahun yang dilihat berlegar berhampiran tempat-tempat baner itu digantung. Mungkin KP umno Selangor lebih mengetahui kejadian ini  kerana beliau dilihat mengetuai beberapa orang remaja menaiki motor mengelilingi kampong.
 Tindakan pengecut dan tidak matang berpolitik itu membayangkan  cetusan minda dari mereka-mereka yang cuba memperalatkan dan menghasut golongan remaja bertindak mengikut kerangka mereka. Seperti biasa elemen ‘duit’ digunakan termasuk duit minyak dan sehelai baju-T.
Yang pakai baju putih tu boss yang baju hitam kuli
Namun taktik yang digunakan tidak mendapat sokongan padu dari kalangan remaja ini yang telah mula mempunyai kesedaran bertindak. Ini dapat dijelaskan oleh penyertaan ramai remaja dari Kg. Sg. Tangkas pada pertandingan futsal belia yang dianjurkan. Dari mereka diperolehi maklumat bahawa wadah ‘Belia 4B’ yang dianggotai mereka selama ini sudah lapuk dengan pemimpin mereka saling bercakaran, terlalu berpolitik dan mementingkan diri sendiri.
Mungkin KP umno Selangor akan marah jika lihat gambar ini.

Friday, February 11, 2011

ONE DOWN ANOTHER ONE TO GO


Semua jentera memihak kepada mereka. Media, polis, kehakiman, kewangan hatta siak yang bekerja di masjid-masjid pun mereka ingin kuasai.

Lalu dimaka kita sebagai rakyat marhaen? Celik biji mata hingga mata tertutup memerah keringat tenaga dan fikiran bagi membolehkan institusi mereka terus hidup kerana kita bernaung dibawah mereka.

Namun pada hari ini kita melihat keangkuhan satu institusi dijatuhkan oleh suara-suara rakyat yang terpanggil atas satu kesedaran. Walau pun tersepit keangkuhan Hosni Mubarak masih ingin terus berkuasa walau pun sekejap. Masih lagi ingin menghitung kira-kira agar selepas kejatuhannya ia berada pada pihak yang masih mengekalkan keuntungan. Trend Pak Lah sewaktu ingin turun dari tahta digunapakai. Sama turutnya adalah Samy Velu.

Seperti turunnya Hosni Mubarak pada hari ini tidak membawa apa-apa perubahan kerana institusi itu masih kekal. Masih korup. Masih lagi menindas rakyat dengan kekuasaan mereka. Kelak muncul dari mereka seorang pemimpin yang berdogeng untuk melakukan perubahan. Mereka dari ‘tong najis’ yang sama.  Mampukah mereka?

Wajarkah kita mempercayainya? Terus dan terus memberikan peluang dan harapan.
Atau perlu kita nyahkan mereka dari tahta yang telah mereka kuasi selama 5 dekad ini.

Ubah sekarang! Selamatkan Malaysia. Hancur Mubarak hancur BN.

Thursday, February 10, 2011

BARUA KEPADA MEMALI,BMF DAN OPERASI LALANG


Barua kepada tragedi Memali adalah Musa Hitam
Barua kepada ranapnya BMF adalah Ku Li
Barua kepada operasi Lalang adalah Hanif Omar
Jadi siapa dia bapa kepada semua barua-barua itu?
... Bapa barua ini masih bernafas seperti Hosni Mubarak.
---Bapa barua ini masih berkata-kata

"Melayu selalu lupa"

Monday, February 7, 2011

NAJIB KENA TIPU

Bab menipu ni sekarang jelas dulu. kini dan selamanya milik BN. Kalau tidak pemimpin mereka menipu, wakil mereka akan menipu. Namun yang tertipu HANYA rakyat sahaja.

Ceritanya disini.

Sunday, February 6, 2011

PEMUDA UMNO 'JOIN SEKALI' PROGRAM ADUN BANGI

STEPS. Kononya mereka ini digelar Skuad Tempor Selangor. Khabarnya dibawah naungan Noh Omar. Fungsinya  menghabihkan boreh aje. 

Dalam satu program YB Masuk Kampong  di Kg. Sg. Ramal Dalam semalam (6 Feb 2011) telah diadakan aktiviti pemeriksaan motor percuma. Turut diadakan juga demontrasi pemotoran oleh Sdr. Yasir Saad dari Alternative Rading Club (ARC). Beliau merupakan mantan juara Cub-Prix Asia 3 kali. Polis trafik pun dijemput bagi ceramah. Ada pameran dari MYROS.

Orang perempuan ada ceramah kesihatan, pemakanan sempurna dan bengkel jahitan. Selepas majlis perasmian rombongan YB Dr. Shafie dilihat mengunjungi rumah-rumah pemimpin masyarakat. Ini termasuk rumah tok imam, nazir masjid, pengerusi taman dan juga rumah bekas pemimpin umno.

Apa yang nak diceritakan disini ialah punyalah gabra puak-puak muda umno ni nak ‘counter’ balik program ADUN Bangi. Masa inilah mereka sebok nak buat program yang sama. Dikumpulkannya beberapa orang belia lalu diberikan t shirt hitam percuma bersama sedikit duit minyak. Kerja mereka bawa motor ramai-ramai tunjuk kat orang kampong. Seorang SB yang dihantar oleh PDRM pun pening nak buat laporan.

 Terdengar juga dia buat lapuran,”Macam mana ni ada dua program kat sini. Yang mana satu aku nak lapurkan?”

“Lantak kaulah polis. Kau buat kerja kau aku buat kerja aku. Jangan kacau sudah,”seorang petugas dari Pemuda PAS Serdang memberi komen.
Rasanya ini bukan kali pertama pemuda umno nie cuba sabotaj program ADUN Bangi. Tahun lepas bila tengok baner program gotong royong oleh ADUN Bangi merekapun sebok nak buat gotong- royong. Cuma yang pelik bila dibuat program Forum Islam di Masjid Al-Falah selepas  tu tidak pula mereka sebok nak buat program yang sama.

Seorang penduduk kampong yang menjuihkan mulut melihat aksi pemuda STEPS itu berkata,”Mereka semua tu budak luar bukan budak kampong nie. Ada le seorang dua yang pernah tengok muka kat sini. Kot ye pun nak buat program carile hari lain. Kita penduduk kampong suka kalau orang muda nie buat program daripada naik motor macam pelesit.”

Barangkali semua anak muda itu tidak tahu apa yang mereka nak tempor. Dapat t shirt percuma dapat duit minyak percuma dikira bertempurlah tu. Dilihat beberapa orang dari mereka menyembunyikan bungkusan plastik berisi t shirt STEPS mereka menuju ke kaunter makanan dan minuman dari program ADUN Bangi yangsedang berlangsung. Kesian mereka rupanya penganjur mereka tidak menyediakan makanan dan minuman seperti selalu. Tak cukup bajet barangkali.

YB Dr. Shafie yang memberi komen berkata,”Kehadiran mereka walaupun apa niat mereka sebenarnya memeriahkan lagi program ini.”