Tuesday, September 21, 2010

BERAYA DENGAN BENDERA PAS DI MELAKA

Dalam perjalanan balik kampung beraya di Melaka saya suka melihat satu pemandangan yang ‘sejuk mata memandang” – jajaran bendera PAS yang berkibaran. Cuma pada tahun ini(1431) di Semabok yang terkenal sebagai antara kubu kuat PAS pemadangan itu kurang menyerlah berbanding tahun lepas. Menyusuri jalan terus ke Muar betul-betul pada satu simpang sebelum memasuki Medan Ikan Bakar Umbai disitu mata ditumpukan. Sebuah rumah kecil dipersimpangan memasuki sebuah perkampungan, Kampung Bukit Kecil, Pernu, Melaka. Pemandangan yang menyebabkan kita berasa di alam lain. Meremang  bulu tengkok  saya melihat bendera PAS berkibar berjajaran mengelilingi rumah tersebut. Sambil hati tertanya ada program ceramah ke di pagi raya nanti?

bk 2 bk 1

Hajat singgah menziarahi ditunaikan. Kebetulan ada beberapa jemaah sedang khusyuk bergotong royong membersih dan menghias rumah tersebut yang sebenarnya adalah markas PAS bagi cawangan Bukit Kecil- PAS Kota Melaka. Salam dihulurkan memperkenalkan diri dari Bangi Bandar Ilmu. Kata mereka inilah sahaja yang mampu mereka buat untuk menzahirkan rasa cinta pada perjuangan PAS. Setiap tahun menjelang raya markas PAS itu akan dibersihkan dan diperindahkan. Bendera kusam PAS malah ada yang carik diganti dengan baru untuk terus berkibar untuk tahun berikutnya.

Sebagaimana kagetnya saya melihat bendera PAS mereka juga kaget mendengar nama Bangi. Mereka berkata Bangi beruntung kerana Allah telah meberi kemenangan pada perjuangan PAS.

“PAS di Bangi telah berjaya dengan majoriti yang tinggi. Kami disini walaupun dikalahkan dengan majoriti dibawah 2500 sentiasa berharapa agar kami dapat bersama Bangi mencipta kemenangan buat PAS dalam PRU ke13 nanti. Untuk itu ini adalah antara usaha kecil kami. Namapun Bukit Kecil jadi kecillah juga usaha kami ini.” selorohnya sambil tersenyum. Satu yang tipikal untuk orang Melaka bahasa yang munkin agak kasar namun kemesraan mudah dijalin.

Sambungnya lagi,”Kau kat Bangi mungkin lebih hebat. Bagaimana keadaan disana?”

Satu pertanyaan yang membuat saya terkedu untuk menjawabnya. Dengan senyum kelat saya cuma mampu menjawab,”Alhamdulillah.”

Buat sahabat di Bukit Kecil saya hanya mampu memanjangkan salam perjuangan mereka yang gigih kepada sahabat yang lain yang membaca artikel ini. Dan juga menyebarkannya kepada yang lain.

Sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi:-

SDR. ZAKARIA MD. SEH (016-2712359) – Ketua Cawangan  atau SDR. RAMLI KHAMIS (017-6526348) – Bendahari

(Mereka amat memerlukan bantuan kepakaran dalam bidang IT dan sedkit bantuan kewangan)

Terima kasih kepada mereka yang sudi memanjangkan artikel ini.

No comments: