Monday, September 20, 2010

KUASA MEMBERI TAULIAH PADA JAIS KENAPA TIDAK DIPERTURUNKAN?

  Jika sebelum ini MAIS dan JAIS bertindak pantas (tanpa siasatan) mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang kerana membenarkan YB Teo Nie Ching berucap dalam surau tersebut sewaktu majlis penyampaian cek bantuan. Kita didedahkan oleh perbuatan yang sama oleh ‘Ustaz Kamalnathan” yang menyerahkan cek bantuan di Masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor. Kita juga didedahkan akan kehadiran Pengerusi MAIS dalam program yang melibatkan ahli politik bukan Islam memakai baju berlogo politik sewaktu berkempen di Masjid Felda Soeharto(RUJUK LINK). Tetapi kita seperti biasa tidak mendengar sebarang tindakan terhadap peristiwa tersebut. Jelas ada polisi ‘double standard’ yang berlaku dalam pentadbiran MAIS

Kita juga terpaksa menerima beberapa tindakan yang tidak profesional ‘mereka-mereka’ ini dalam pemberian tauliah samada untuk menyampaikan khutbah Jumaat atau tazkirah di surau dan masjid dalam Selangor. Sewaktu pemerintahan BN hanya mereka yang diberi tauliah sahaja dibenarkan membaca khutbah dan tazkirah. Kuasa memberi tauliah ini terletak pada pentadbiran Jais yang diketuai oleh pangarahnya Mohd Khusrin Munawi. Sehingga itu berbagai syarat dikenakan bagi mendapatkan tauliah ini. Syarat utama ialah tidak boleh bercakap mengenai politik dalam khutbah atau tazkirah. Perlanggaran syarat ini(oleh pihak UMNO) telah banyak kali didedahkan tetapi sehingga ini tiada satupun tindakan yang diambil samada oleh JAIS ataupun MAIS.

Nazir atau pengerusi masjid teragak-agak untuk membenarkan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat samada untuk memberi khutbah atau memberi tazkirah disurau atau masjid mereka kerana takut disalah tafsirkan sebagai berpolitik dalam masjid atau surau. Apakah setiap ayat yang ingin disampaikan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat ini ini disifatkan politik? Adakah seruan untuk meningkatkan dakwah dengan mengimarahkan masjid dan surau juga dianggap berpolitik?

Dalam waktu yang sama kita juga didedahkan ramai pemimpin UMNO bukan sahaja bebas menggunakan surau atau masjid untuk berbagai program bahkan lebih teruk lambang parti samada pada baner, bendera atau beg digunakan. Ini tidak termasuk dalam ucapan aluan yang mengangkat nama ketua cawangan atau bahagian yang hadir.

Apakah keadaan ini perlu dibiarkan berterusan semata-mata tidak mahu berkonflik dengan pihak istana? Sedangkan disatu pihak lain mereka seolah menjadikan jawatan yang dilantik dan kuasa yang mereka ada seolah mendapat restu sepenuhnya dari pihak istana? Jangan biarkan ‘duri dalam daging’ ini menganggu gugat pentadbiran Pakatan Rakyat. JAIS dan MAIS perlu dibersihkan dan dilihat sebagai satu institusi yang benar-benar bebas.

No comments: