Sunday, October 10, 2010

ANTARA KUANTITI DAN KUALITI PKR TERJERAT

punSeusai PAS memenangi kerusi DUN 26 Bangi penulis secara peribadi mencadangkan kepada YB Dr. Shafie Abu Bakar untuk menggunakan ruang sebagai pemerintah bagi memantapkan parti dengan menambah keahlian seramai mungkin. Menyedari bahawa ramai ahli UMNO hanya menyertai parti itu tidak memahami asas perjuangan yang sebenar. Kebanyakan dari mereka menyertai UMNO hanya kerana faktor kebendaan sahaja dan jika kebendaan tidak dapat dihamparkan buat mereka ramai yang akan meninggalkannya. Ternyata persoalan itu bukan semudah yang terungkap.

Satu faktor yang mungkin kita abaikan ialah budaya. Selama 50 tahun budaya dan cara pemerintahan UMNO telah berakar umbi dalam masyarakat dan jentera pentadbiran kerajaan. Sedikit sebanyak terutama mereka yang oportunis akan terikut menjiwai dan meresap kedalam kehidupan mereka. Pengundi-pengundi masih lagi mengharapkan dan menggunakan orang politik untuk memenuhi tuntutan peribadi mereka. Umpama satu kes dimana seorang pendundi datang menemui YB Dr. Shafie untuk menghalang pihak MPKj mengambil tindakan keatasnya. Pengundi itu seperti biasa mengaku mengundi PAS pada PRK ke 12 dulu. Lebih hebat lagi bila belaiu mengaku berjaya mempengaruhi beberapa orang penyokong tegar UMNO/BN agar melakukan perubahan. Entah ye tidak tiada siapa menyoal. Apakah respon Dr Shafie terhadap masalah itu? Beliau suruh pengundi itu membayar denda yang dikenakan oleh MPKj atas kesalahannya itu.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Dr. Shafie itu. Antara manifesto yang masih segar difikiran kita waktu itu ialah berkebajikan terhadap rakyat. Sedetik mungkin akan terlintas difikiran bahawa wakil rakyat yang baru dipilih ini sudah lupa daratan. Sudah lari dari memperjuangkan nasib rakyat. Secara politiknya beliau bakal kehilangan undi dari pengundi tersebut dan mungkin dari rakan-rakannya seperti yang didakwa.

Namun jika  kita perhalusi tindakan Dr. Shafie itu kita mungkin bersetuju. Wakil rakyat dipilih untuk memperjuang nasib rakyat secara keseluruhan dan bukan bersifat individu. Pengundi yang menemui Dr. Shafie telah melakukan kesalahan kerana mencerobohi tanah kerajaan untuk penambahan bangunan rumahnya . Walau pun hal ini melibatkan kebajikan pengundi tersebut namun pekara yang lebih penting ialah kepentingan orang ramai secara keseluruhannya. Antara kepentingan peniaga ditepi jalan yang secara keseluruhan orang melayu dan kepentingan penduduk jalan berkenaan yang mungkin majoritinya bukan melayu. Ramai dari mereka telah dilindungi oleh wakil rakyat UMNO sebelum ini hanya dengan pengakuan mereka ahli UMNO sesuatu cawangan.

Dalam satu kes pemilihan ketua kampung di Bangi. Seorang ketua cawangan UMNOsanggup membubarkan cawangannya dan menyuruh ahli-ahli memasuki PAS jika beliau dipilih. Liciknya atau mungkin terdesak beliau juga membuat janji yang sama dengan PKR. Malang sekali rekod beliau yang tidak bersih dan mengenangkan tindakan beliau terhadap demokrasi kampung tersebut maka beliau tidak terpilih.

Seorang sahabat yang dikenali sebagai orang kuat PKR Sepang datang  menziarahi dua hari yang lepas, Beliau ini adalah penyokong tegas PKR sejak bermula zaman reformasi dahulu.Beliau kekal menganggotai PKR walaupun disaat PKR hampir terbungkam pada tahun 2004. Selepas PRU 12 walaupun Sepang gagal diwakili oleh PKR beliau sebagai ajk berbangga kerana keahlian PKR semakin bertambah. Namun kehadiran beliau kali ini kurang ceria terutama bila dibangkitkan dengan pemilihan PKR. Katanya ramai ahli baru PKR yang berjaya dengan profession mereka mula menguasi PKR dewasa kini. Beiau khuatir dengan umur di PKR yang begitu muda adakah semangat perjuangan PKR mampu diresapi. Perebutan jawatan sekurang-kurangnya menjadi ahli majlis sesuatu PBT agak ketara.

Mengenag hal ini penulis teringat saranan untuk menambah ahli secara drastik dulu. Ternyata kualiti keahlian wajar dutamakan. Namun apakah KPI kepada kualiti ini?

No comments: