Komposisi kaum di Galas hampir menyerupai DUN Bangi. Melayu=65% Cina=21%. Bezanya kaum India di Bangi mewakili 13% manakala di Galas Cuma1.8%. Mungkin pengalaman DUN Bangi memenangi kerusinya dengan majoriti 6000 boleh digunakan.
Melihat pada demografi ini ternyata pihak-pihak yang menggunakan isu perkauman sebagai propaganda pilihanraya dilihat kurang bijak serta bakal merugikan diri sendiri. Menyedari hal ini tidak hairanlah jika sekarang kita lihat UMNO seolah berseteru dengan PERKASA. Sepatah ayat yang keluar dari mulut Ibrahim Ali maka UMNO/BN akan kehilangan satu undi di Galas dalam PRK nanti. Kokok lantang PERKASA yang meroyan dengan publisiti akan cuba dikurangkan sebanyak mungkin bagi memberi ruang dan peluang kepada UMNO. Sekarang adalah masanya untuk Ibrahim Ali dan PERKASA berhibernasi. Tun Mahathir mentor PERKASA juga mungkin boleh turut sama berhibernasi lebih-lebih lagi selepas mendapat ‘bonus umur’ setelah masuk hospital di Australia. Dari sudut lain Tun Mahathir sebenarnya kurang disenangi oleh kebanyakkan rakyat Kelantan kerana tindakannya sepanjang menjadi PM sentiasa ‘menghukum’ rakyat Kelantan dengan membelakangkan mereka.
Sehubungan dengan itu PAS tidak boleh turun berkempen atas kepentingan parti PAS sahaja. Peranan Pakatan Rakyat harus diutamakan. Mungkin DAP walaupun tidak mempunyai cawangan disana boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi 21% kaum Cina disana. Begitu juga Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu mengalas beban yang besar untuk bersama-sama turun padang mendekati mereka yang bukan beragama Islam.
Jika di Manek Urai dulu UMNO/BN boleh dikatakan hampir berjaya mengelirukan sebahagian besar pengundi Melayu dengan isu kerajaan perpaduan PAS-UMNO kini isu itu telah selesai. Mungkin sekali lagi UMNO akan cuba menghimpunkan isu-isu lapok seperti pembangunan, melaksanakan hukum hudud dan isu PAS jadi kuda tunggangan. Namun isu yang mungkin agak mencabar ialah isu bekalan air bersih di Kelantan. Tetapi rasanya pemimpin PAS telah bersedia berhadapan dengan isu ini.
No comments:
Post a Comment