Tuesday, October 5, 2010

APA KU LI MAHUKAN DARI GALAS?

Nama anak raja Kelantan yang dipinggirkan daripada kabinet 2 PM (Pak Lah dan Najib)  tiba-tiba diperlangirkan. Ku Li membawa satu ikon golongan mereka yang bersemagat waja dalam politik tapi dipinggirkan. Berapa ramai mereka yang senasib dengannya samada kawan atau lawan hanya mampu memerhati dari luar gelanggang tempat yang dulunya mereka berpencak. Ku Li adalah warisan terakhir dan mungkin juga harapan terakhir untuk dijemput kembali memasuki gelanggang. Mike Tyson Selangor mungkin antara mereka yang penuh minat mengikuti perkembangan seterusnya.

Entah angin mana yang menyapa dengan tiba-tiba Ku Li bersetuju untuk mengalas beban sekurang-kurangnya menjadi pengarah pilihan raya kecil DUN Galas. Sebagai ahli politik veteran beliau semestinya telah cukup matang dengan senario politik kini. Buruk atau baik telah diperhalusi dan keputusan menerima jawatan pengarah prk semestinya mendapat restu dari penyokongnya.Apakah tindakan itu wajar?  10 tahun dulu Ku Li adalah wira rakyat terutama pada rakyat Kelantan. Bahkan penduduk orang asal di Gua Musang sering mengambarkan beliau sebagai ‘anak raja kito’. Pernah satu peristiwa semasa menerajui Semangat 46 pihak UMNO telah cuba memperdaya orang-orang asal diGua Musang. Lalu diangkut mereka menggunakkan lori JKR ke tempat perhimpunan. Bila menyedari mereka diperdayakan orang asal Gua Musang ini sanggup berjalan kaki  pulang meninggalkan majlis perhimpunan tersebut. Dalam satu PRK Gua Musang(melalui petisyen pilihanraya dimana seorang pengundi mengaku mengundi bagi pihak bapa saudaranya yang sakit) pihak UMNO cuba memalukan beliau dengan mencalunkan seorang tukang kebun sekolah untuk bertanding dengannya. Seperti yang dijangka Ku Li memenangi semula kerusi parlimen Gua Musang tanpa perlu berkempen.

Tapi itu cerita dulu. Sekarang orang asal Gua Musang sudah pandai berinternet, sudah pandai berfacebook. Sumber maklumat alternatif mudah terhidang. Kalau dulu Ku Li bolehh gah dengan majoriti 5 angka kini semakin mengecil (bawah 5000).

Apa yang Ku Li mahukan dari Galas? Dan yang paling penting apa yang Ku Li mahukan dari UMNO yang telah meminggirkan beliau? Naijib mungkin lebih perlu memahami apa yang diusahakan oleh timbalannya Mahyuddin Yasin kerana itu dia tidak segalak timbalannya menceritakan mengenai Galas. Menag atau kalah Ku Li di Galas walaupun sebagai pengarah PRK sebenarnya  memberikan implikasi yang besar pada Najib. Sekiranya Rosmah bini Najib menyedari hal ini mungkin akan ada usaha memboikot  dikalangan penyokong Tok Pa.

Itulah senario politik. Sukar diramalkan.

No comments: