Masih ingat cerita Hang Tuah. Difahamkan ini antara cerita paling awal dibuat warna. Sebelum itu semuanya hitam putih. Setelah Hang Tuah Berjaya membunuh Hang Jebat jelas digambarkan kekesalannya. Disebalik sanjungan orang ramai dan tentu sekali dari sultan Tuah digambarkan binggung kerana telah membunuh sahabat baiknya.
“Akukah yang betul atau Jebat yang betul”
Perdebatan mengenai siapa salah dan benar masih melingkari masyarakat sehingga kini. Dalam konteks jemaah PAS jika kita renungi sedikit sebanyak ada persamaan. Tuah dapat kita gambarkan sebagai satu watak yang begitu taat kepada ketuanya. Mengikut istilah PAS disebut ‘wala’. Berkhidmat dengan mengikut peraturan yang ditetapkan walaupun disedari atau tidak tindakannya membelakangkan kemenangan.
Manakala Jebat digambarkan sebagai satu jiwa muda yang obsess kepada memperjuangkan kebenaran. Sifat patuh kepada pemimpin dan peraturan sedia ada bersyarat.
“Raja adil dijulang raia zalim disanggah”
Lalu bertanyalah pada diri kita sendiri aku Tuah atau Jebat?
Jika Tuah diberikan kuasa melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Semuanya harus mengikut undang-undang. Sebelum melaksanakan sesuatu program perlu bermesyuarat entah berapa kali sehingga menimbulkan kebosanan. Apatah lagi sekiranya sesuatu program yang hendak dilaksanakan itu memerlukan tindakan segera. Memperbaiki longkang yang tersumbat atau memotong rumput yang telah meninggi umpamanya. Mungkin juga memberi bantuan kepada fakir miskin atau orang yang ditimpa musibah. Beberapa persoalan akan dibangkitkan kena pula mereka yang suka berhujah macam berceramah isu semasa. Sedangkan kita sedia maklum puak-puak ini jarang turun padang dalam apa-apa program yang dijalankan. Program yang dilaksanakan tidak dinafikan tertib, penuh protokol dan sering mendapat pujian perlaksanaanya.
Tetapi terubatkah derita rakyat dengan cara sedemikian? Rakyat yang telah lama menjeruk rasa lebih menghargai sekiranya permasalahan mereka diselesaikan secepat mungkin dan jika perlu seikhlas mungkin. Protokol dan birokrasi adalah dua ayat yang paling dibenci oleh mereka.
Maka Jebatlah lebih diharapkan dapat menyelesaikan permasalahan mereka. Dalam bertindak Jebat lebih mengutamakan kepantasan mencapai matlamatnya. Peduli apa dengan protokol dan birokrasi. Peduli apa dengan sanjungan dan kata puji. Kehendak rakyat harus segera dipenuhi. Tindakan sedemikian jika tidak berhati-hati bakal mengundang padah. Akan berbangkitlah beberapa pelanggaran peraturan atau tuduhan salah guna kuasa.
Jika anda orang yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Antara Tuah dan Jebat manakah yang dipilih?
Dan rakyat akan menilai “ Tuahkah yang betul atau Jebat yang betul”
Pencapaian Malaysia sebagai negara yang semakin maju tidak seimbang dengan perkembangan politik yang seharusnya semakin adil berdemokrasi. Begitulah ucapan penutup Ust. Wan Abdul Rahman, Pengarah Penyelidikan PAS dalam usrahnya di UPU Zon Reko. Usrah yang dihadiri oleh ahli PAS dari cawangan West Country, Taman Langat Jaya dan Seksyen 5. Turut hadir ialah Hj. Nik Pa selaku wakil dari AJK Kawasan.
Sebelum itu seperti biasa usrah dimulakan dengan membaca Al-Mathurat. Wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW bagi mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Allah dan memberi kelapangan hidup serta sebagai senjata yang utuh membentengi diri kita. Ternyata ramai ahli yang tidak membawanya. Mungkin sudah lama tidak berusrah tegur Ust. Wan.
Usrah selepas solat Isyak berjemaah itu lebih berkisar pada ahlak dan adab berjemaah. Barat menafsirkan akhlak sebagai displin minda tanpa mengaitkan dengan kerohanian. Contohnya selalu menepati masa, berhemah tinggi dsbnya.
Akhlak menuntut penafsiran merangkumi jasmani dan rohani. Akhlak merupakan sendi terpenting menghubungkan akidah (teori) dan syariat (praktikal). Rasulullah SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak manusia. Beliau juga menyatakan beberapa peringatan Allah kepada mereka yang beriman tetapi kemudian kufur terhadapNya.
Bila kita rasa takut pada musuh Allah maka Allah akan cabutkan rasa takut musuh Allah terhadap kita. Tidak memadai jika kita hanya berdiri di atas kebenaran tanpa memperjuangkannya. Antara peribadi sebagai pejuang ialah ikhlas, istiqamah, taat, ukhuwwah, kerahsiaan, tidak leka dengan pencapaian yang ada, tidak memungkiri janji dan sentiasa beriltizam menyempurnakannya dan tidak melampau terhadap sesuatu tindakan.
Menyentuh sedikit mengenai PRK Hulu Selangor diakhir usrah. Sehingga jam 7 petang keputusan pilihanraya lebih memihak kepada calun Pakatan Rakyat dengan majoriti 1000 undi. Malangnya bila tiba peti undi dari kawasan Felda keputusan adalah sebaliknya. Ini memberikan gambaran seolah Felda merupakan satu ‘fixed deposit’ bagi BN. Kawasan Felda telah memberikan 48 buah kerusi pada BN sebelum ini.
Bagi memenangi hati mereka kita perlu pada pentarbiahan diri. Surau dan masjid perlu diperluaskan lagi peranan dalam berdakwah.
Debaran menanti keputusan PRK P094 Hulu Selangor.
Sambil melihat pelapuran dari media baru. Wujud berbagai prediksi dan pandangan. Sekurang-kurangnya ini adalah hasil buah tangan mereka yang ikhlas. Samada betul jurus mereka adalah pekara kedua.
Kalau semua pemimpin PAS menyedari hakikat ini rasanya penekanan akan terarah ke medium ini. Namun arang yang tercoret di sesetengah bloggers menyebabkan pendirian pimpinan PAS semakin jauh.
Hakikatnya sesetengah blogger menggunakan medium baru ini sebagai pentas beradu kekuatan sesama sendiri mengejar 'hit' atau pengunjung. Aku melihat pada sisi positif dimana bila sensasi ditimbulkan maka akan ada warga baru mengikuti perkembangannya. Dari 10 'posting' yang dihantar kalau dibaca sebahagian darinya sekurang-kurangnya terkesan pada diri pembaca.
Cuma berharap agar para blogger sentiasa berlapang dada menerima segala kritikan terbuka. Pada seketika perlu bermuhasabah diri. Sentiasa mencari kemenangan dengan kebenaran.
Pada pemimpin PAS pula mereka harus mengalir diarus yang sama. Jangan dikesampingkan peranan media baru. Perlu diwujudkan satu lajnah khas berasingan dari penerangan dan it nya sebagai persiapan menghadapi PRU 13 nanti.
Bertolak dari Bangi jam 2 petang setelah singgah sebentar di Seri Serdang pekena nasi dengan kari mamak di warong Malawi.. Pada mulanya bercadang keluar ikut tol Bukit Beruntung dan seterusnya menyelusuri jalan ke Batang kali dan ke Kg. Gumut tempat dimana PAS Serdang berpencak. Namun keputusan berubah bila Din Binjai yang ingin ditemui di Bukit Beruntung lesap. Khabarnya AMK mengadakan perlawanan bola di Felda Gedangsa.
Sebaik sahaja melepasi tol Tg. Malim bermula pandangan yang berlainan. Kelihatan pulohan ’billboard’ BN yang merapu memperbodohkan rakyat Hulu Selangor. Sesekali perjalanan terpaksa diperlahankan bagi memberi ’hormat’ kepada kontraktor yang sibuk membaiki jalan.
”Untung sungguh orang Hulu Selangor. Jadi raja semua kehendak mereka dipenuhi,” ujar Fadhli memula bicara menutup mulut penumpang lain yang terlopong melihat pembangunan ’sekelip mata’. Di Bangi jenuh menjawab aduan rakyat berkenaan jalan persekutuan yang dianak tirikan. Jalan berdekatan kilang Denso ke Sg. Merab begitu uzur terpaksa ditempuhi oleh ribuan pengguna yang berulang alik ke Putrajaya. Sedangkan mantan Menteri yang jaga jalan raya masih bertahta disana.
Di Kalumpang destinasi pertama kami ialah di Markas Utama PAS Selangor. Tak payah nak cari markas, cari aje surau atau masjid tentu berjumpa maskas PAS ini. Selepas menyerahkan risalah PAS Selangor bertolak ke Kg. Gumut. Ada sekatan jalanraya. Cuba bermesra dengan anggota polis yang nampak ’tension’ bertanyakan dimana Kg. Gumut? Dah terlepas terpaksa berpatah balik 1 km. Jumpa aje papan tanda ’Kg. Gumut’ tanpa beri salam terus masuk. Terlalu bersemangat barangkali. Jalan sempit hanya beri laluan pada sebuah kereta. Sedikit kecewa bila melihat rumah kampung menaikkan bendera ’dacing’. Bertambah kecewa bila didepan kelihatan 3 orang wanita separuh dewasa memakai ’vest’ biru menjalankan culaan diiringi sebuah kereta mengawasi mereka. Lantas Fadzli membunyikan hon minta laluan (kurang sopan betul Fazli ni).
Melepasi mereka tanpa menoleh terus mencari surau atau yang lebih tepat markas PAS Serdang. Terpaksa berhenti ditepi jalan menunggu mangsa untuk bertanya. Tengahari panas berpijar orang lebih suka duduk dalam rumah. Tiba-tiba kereta yang kami hon tadi berhenti didepan kami. Keluar 3 orang wanita lengkap dengan fail ditangan. Kali ini mulut kami pula yang melopong. Wanita PKR rupanya ingatkan makcik-makcik dari UMNO. Lantas kami menerpa pemandunya seorang lelaki nampak macam ustad. Dalam keadaan terkejut dan keraguan beliau memberi tahu arah kedudukan markas Kg. Gumut. Sebelum berlalu sempat juga meminta maaf kerana membunyikan hon tadi.
Sampai di markas Kg. Gumut sekali lagi kami terpingga. Tiada seorangpun ahli PAS Serdang disitu. Barangkali ikut menjalankan culaan. Kami difahamkan ada beberapa orang ahli PAS Serdang sebelum ini. Bila talipon diangkat rupanya mereka ke Kuala Kubu Baru mencula bihun sup. Tugasan pertama bermula. Kami berpecah. Dua orang dari kami Fazli dan Junaidi diarah membantu wanita PKR (dari Perak gupenya) dan dua orang lagi membantu melayan kueh dan sesekali ada pengundi yang datang memeriksa daftar pengundi.
Muncul dua orang tetamu. Rasa macam kenal seorang darinya. ‘Ito Blues Gang’ rupanya.
“Halo brother apa khabar,” teringat zaman muda pulak. Bersalampun cara ‘blues’.
“Malam nanti bro jangan pergi mana. Ada show kat sini (Malam Seni Kesusateraan dan Keadilan) . Geng lain pun akan turun.”katanya.
“Insya Allah,” sambil melihat cermin di kereta sebelah. Melihat rambut yang mula memutih. Sejam berborak bermacam topik politik terganggu oleh panggilan dari Din Binjai. Kebetulan Fazli baru pulang mengiringi wanita PKR. Lantas kami memohon diri menuju ke Bukit Beruntung. Di pertengahan jalan terjumpa pula kedai cendol dan rojak. Tak berhenti takut kecil hati pulak Kak Timah dan 2 orang anak daranya yang berniaga disitu. Sedang menunggu cendol sampai ternampak papan tanda “Darul Atiq” tempat Ust. Ghazali Hasbullah berkampung betul-betul dilorong sebelah kedai cendol.
“Berpuloh kaset didengar rupanya disini tempatnya. Lepas ni kita singgah sekejap,” ujar Fazli.
Selepas membawa balik senyuman anak dara Kak Timah singgah sebentar melihat perkampungan Darul Atiq. Penghuni sedang menikmati juadah dalam talam.Sungguh syahdu. Ukhuwwah mereka.
Tempat pertemuan dengan Din Binjai adalah di surau Ar- Raudah kebetulan ada markas PKR disebelahnya. Sebelahnya ada projek terbengkalai. Satu lagi mercu ‘kejayaan BN di Selangor’. Markas tiada penghuni. Yang ada adalah timbunan risalah haram BN yang semestinya tertinggal laporan isu projek terbengkalai disebelah markas itu. Apa lagi jadi unggunlah risalah tu. Membazir betul. Sambil menunggu Din Binjai kami berborak mengenai ‘billboard’ BN yang merata. Rupanya bingkainya besi bukan kayu. Koman-koamn pun RM 500 setiap satu tak masuk upah pasang. Difahamkan tender RM 5 juta dapat pada UMNO pusat yang menyebabkan Pemuda UMNO agak kecewa sikit. Kalau RM 5 juta digunakan untuk memperbaiki jalan di Bangi alangkah bagusnya.
Din Binjai muncul akhirnya menyerahkan 3 gulung bendera PAS seperti yang dipesan. Markas yang tadinya sunyi kila mula disinggahi oleh ramai orang terutamanya dari Kuala Lumpur bertanyakan program malam nanti. Yang bertanyakan jalan pun ramai juga. Barangkali tidak mengetahui semua yang ada dalam markas itu orang luar bukan orang tempatan.
Kami difahamkan Tuan Guru Hj. Hadi akan berceramah bersama Dato’ Seri Anwar di Batang Kali (ada Karnival Jualan anjuran PKR Wilayah Persekutuan). Nak balik Bangi ruginya rasanya ambil cuti 1 hari. Lalu Batang Kali sepakat dituju. Singgah sebentar di Masjid Rasa untuk Jamak Maghrib dan Isyak. Sebelahnya pun ada markas PAS tapi tak sempat nak tanya dari mana. Seusai solat arahan baru diterima menghadiri taklimat dari Pak Din. Terpaksa berpatah balik semula ke Kg. Kerliang. Menempuhi sekatan jalanraya oleh PDRM masuk kali ke-4. Polis macam dah kenal senyum, angkat tangan... jalan.
Setibanya di Kg. Kerliang ada 4-5 orang ’otai hardcore PAS’. Seperti biasa ditanyakan dah makan ke belum?
”Masih kenyang,” cuba ’cover’ sedikit.
”Ada kari kambing banyak lagi tu...”
Rasanya belum sempat ayat itu dihabiskan tiba-tiba pingan nasi dah ada ditangan. Kenyang punya pasal 2 pinggan nasi licin. Kalau ada Hj. Azizi lagi seronok.
Lepas makan baru tanya ada taklimat ke? Pukul berapa?
“Jom kita ke Kg. Gumut. Barangkali disana taklimat yang Pak Din maksudkan.”
Benar. Taklimat sedang disampaikan oleh wakil PKR. Berbekalkan sedikit maklumat kami seterusnya memohon diri ke Batang Kali. Sebelum itu sempat berpesan pada Mejar Latip bahawa kami dari PAS Serdang akan digantikan oleh Pemuda PAS Serdang untuk tugas esok hari.
Tempuh lagi sekatan jalanraya. Seperti biasa angkat tangan, senyum dan jalan. Sampai di Rasa nampak orang ramai. Ada ceramah le tu. Tapi kena pastikan jangan termasuk ceramah BN. Dah jelas berkibar bendera PAS oleh Unit Amal maka sah ceramah Pakatan Rakyat. Singgah sebentar dengar Abang Mad berceramah. Hebat juga PAS Ampang ini boleh panggil Mohd Sabu dan Cikgu Bad.
Sewaktu mendengar ceramah Cikgu Bad sempat melihat jam. Baru pukul 10.30. Masih sempat untuk mendengar ceramah Tn. Guru Ust. Hadi. Singgah sebentar di petrol pam untuk isi minyak dan ’buang minyak’.
Sampai di Pekan Batang Kali ada ’traffic light’ belok kiri. Mula dari masuk simpang ruang meletak kereta dan penuh sampai lebih kurang 2 km. Terpaksa patah balik. Kot ada orang yang sakit perut dan dengan ehsannya meninggalkan ruang ’parking’. Jangan harap. Alhamdulillah ada rezeki kat satu simpang kecil. Boleh ’cilok’ meninggalkan sedkit ruang untuk sebarang kenderaan keluar dari simpang tersebut.
Dato’ Chua Jie Meng sedang berucap diikuti oleh Dato’ Seri Anwar dan YB Salahuddin Ayub.
”Ust. Hadi takdelah,” baru sahaja nak beritahu Fazli yang sejak tadi berada disebelah rupanya dah hilang. Talipon. Sedang tidur rupanya dalam kereta. Sambil menuju ke kereta sempat singgah di dewan orang ramai sebelah karnival. Kosong tidak digunakan. Kalau BN memerintah rasanya disitulah jentera parti ditempatkan.
Tepat jam 12 ceramah berakhir. Itu bezanya Pakatan Rakyat. Ikut undang-undang.
Belok ke kiri menuju Sungai Choh tempuh dua lampu insyarat ambil simpang kanan ke Sungai Buaya jumpa tol Bukit Beruntung.
Sampai di Bangi jam 2 pagi tak larat pekena ’3 layer’ macam selalu.
Kalau media yang rendah mutunya begini boleh digunakan sebagai billboard .
Rasanya kalau Pakatan Rakyat guna pendekatan yang sama tapi dengan markah lulus yang lebih tinggi. Mungkin billboard seumpama diatas akan tenggelam. Masalahnya Pakatan Rakyat takde duit macam BN. Lepas p/raya orang Hulu Selangor boleh start bela ayam kampong kerana plywood dan kayu free.
“Kekuatan sebenar PAS sebenarnya datangnya dari kawasan(akar umbi)”, YB Ustad Nasharudin Mat Isa menegaskan ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Serdang .
“Untuk itu kita perlu sedaya upaya menambah kekuatan dan tenaga melalui penambahan ahli dan cawangan. ” sambungnya lagi.
Mesyuarat bertemakan ‘’Bersama Mengukuh Kemenangan” turut dihadiri oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP dan PKR. Turut dijemput istimewa ialah rakan-rakan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Menyentuh tentang PRK Hulu Selangor beliau sebagai Pengarah Jentera PAS Hulu Selangor telah menempatkan lebih dari 2000 orang tenaga PAS di 60 penempatan disekitar Hulu Selangor. PAS akan membantu semaksima mungkin. Begitu juga di Sibu. Pakatan Rakyat sebulat suara akan mencalunkan calun dari DAP.
Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan YDP PAS Serdang, YB Dr. Shafie Abu Bakar lebih menekan tentang penilaian prestasi PAS mendepani rakyat.
“Setelah separuh perjalanan, kita wajar mengadakan penyelidikan . Menilai prestasi kita di DUN Bangi secara khusus dan Serdang secara menyeluruh. Kita lebih berminat untuk mendapat maklumat tentang kelemahan dari kejayaan, begitu juga kita lebih mengalu-alukan cadangan positif dari puji-pujian.”
Dengan ucapan dari kedua-dua pemimpin itu perbincangan perwakilan dilihat banyak tertumpu pada Lajnah Tarbiah dengan perbagai pendekatan yang dicadangkan untuk memperbaiki kelemahan. Keperluan mengadakan usrah dan penambahan keahlian disamping memulihkan cawangan yang lemah serta memperkasakan cawagan yang kuat menjadi topik perbincangan utama. Perwakilan membahaskan 13 usul yang berlanjutan sehingga mesyuarat tamat jam lima petang.
Mesyuarat kali ini melihatkan kematangan perwakilan bila lebih menumpukan intipati perbincangan. Tiada lagi rujukan terhadap kesalahan ejaan atau menanyakan soalan yang sudah diketahui jawapannya.
Natijah dari pencalunan PRK P94 Hulu Selangor ialah perpecahan dalam Barisan Nasional. Parti-parti besar dalam komponen BN sebenarnya sedang meretak. Jika MIC mencalunkan P.Kamalnathan sebagai calun rasmi muncul pula V.S. Nathan bekas naib pengerusi MIC Hulu Selangor menawarkan diri bertanding. Tidak termasuk Anuradh yang mendakwa anak kepada pengasas MIC Hulu Selangor yang tidak sempat mendaftarkan pencalunan kerana terlambat.
Sebelum ini calun yang disebut bakal bertanding ialah Timbalan Presiden MIC Dato’ Palanivel. Menyedari orang UMNO tidak suka pada Palanivel maka dicalunkan P. Kamalanatahn yang kalah dalam perebutan jawatan Ketua Putera MIC Selayang tetapi dilantik sebagai Pengerusi Penerangan MIC Pusat kerana dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Presiden MIC, Dato’ Seri Samy Vellu. Dato’ Seri Presiden ini rupanya masa mudanya dulu merupakan seorang pelakun drama Tamil mempunyai hubungan baik dengan ibu Kamalnathan yang juga seorang pelakun drama.
Turut mencalunkan diri bertanding ialah calun dari UMNO iaitu Exco Pemuda UMNO Shah Alam, Johan Mohd Diah. Ternyata UMNO sendiri masih memprotes pencalunan MIC di Hulu Selangor. UMNO Shah Alam yang terlibat dalam kontrovesi ’isu kepala lembu’ akan terus menggunakan ketuanan melayu untuk berkempen.
Kita jangan lupa calun PKR, Dato’ Zaid Ibrahim adalah bekas majlis Tertinggi UMNO. Kerana ingin memperjuangkan keadilan rakyat terutama sekali dalam kes Mansuhkan ISA beliau sanggup meletak jawatan sebagai menteri.
Apa yang berlaku sebenarnya membayangkan perpecahan dalam BN. Antara calun yang inginkan perubahan dalam BN dengan calun yang masih setia membabi buta terhadap BN. Ternyata pemimpin BN masih tidak menghormati’ aspirasi rakyat semasa PRU 12 yang jelas inginkan perubahan.
Dato’ Zaid yang mempunyai sisi yang negatif ketika didalam UMNO cuba memperbaiki dirinya Namun perubahan itu tidak disenangi oleh rakan-rakannya di UMNO yang seolah masih mahukan beliau seperti dahulu. Apakah itu yang rakyat Hulu Selangor mahukan?
YB. Ust. Nasharuddin Mat Isa memegang bendera PKR membuktikan bahawa tohmahan terhadap beliau sebelum ini tidak benar. Apa pun ini hanya permulaan kepada perjuangan mengekalkan kerusi parlimen Hulu Selangor agar terus kekal ditangan Pakatan Rakyat. Rakyat merasakan beliau boleh berperanan lebih dari itu.
Tidak dinafikan situasi sekarang memihak kepada Pakatan Rakyat mendominasi PRK Hulu Selangor. Konflik pemilihan calun dari kalangan MIC telah mencoretkan luka pada jentera UMNO yang sememangnya menguasi Hulu Selangor. Keputusan PRU 2008 menceritakan semuanya. BN telah menang disemua 3 DUN bawah parlimen Hulu Selangor. Seharusnya jika tiada undi protes calun MIC Dato' Palanevel(betulke ejaan tu?) telah menang dengan majoriti 6 ribu lebih. Tetapi berlaku sebaliknya. Wakil PR Dato' Zainal Abidin (Arwah) menang cuma dengan majoriti 198.
Senario ini seolah macam Bagan Pinang dimana semasa hari penamaan calun dan berikutnya suasana dikem BN tidak panas dan teratur. Wakil Pemuda UMNO umpamanya tidak turun semasa hari penamaan (tidak seperti di PRK Ijok). Mereka sebenarnya membiarkan musuh leka dan terlalu yakin dengan suasana dikem mereka. BN hanya bangkit menyerang secara total 1-2 hari sebelum pengundian. Semua jentera termasuk jentera kerajaan (medium TV dan akhbar) digunakan sepenuhnya. Dikala itu baru PR sedar asakan yang sebenar mereka terima. Masa untuk 'counter back attack' dah terlambat. Hasilnya Isa Samad menang (tahniah baru kahwin bro. Dulu gosip aje katanya ada afair dengan puteri umno. La ni betul le tu.Habis camno orang Bagan Pinang dulu yang tak percaya kini menelan ludah payau mereka)
Tentangan sebenarnya akan berlaku sekiranya calun UMNO bertanding. Namun PM Dato' Seri Najib sedar jika MIC tidak dibenarkan bertanding mereka akan buat bising. Berbagai ugutan akan diterima. Bubar cawangan lah, akan mempengaruhi undi ditempat lain dan berbagai ugutan lain akan diterima. Cara terbaik ialah dengan mengorbankan MIC di Hulu Selangor agar perancangan PRU 13 nanti tidak akan terjejas. Hanya kekalahan calun MIC di Hulu Selangor sahaja akan menyentak usaha-usaha MIC mengemis kerusi-kerusi lain di DUN atau parlimen nanti.
UMNO sekiranya sedar pekara ini akan terus membuat undi protes mengundi calun dari PR. Cuma PR tidak boleh terlalu confident PKR terutamanya. Jadikan PRK Ijok sebagai muhasabah diri. Dalam pilihanraya itu Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor sekarang) tewas ditangan calun muda MIC, seorang guru.
SHAH ALAM, 13 Apr – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor tidak perlu terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat untuk menyelenggara jalan dan menguruskan sisa pepejal di kawasan masing-masing kerana ada antara mereka yang mempunyai simpanan dan aset yang besar, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata tidak cukup peruntukan merupakan antara alasan yang sering diberikan oleh PBT berhubung kegagalan menyelesaikan masalah jalan berlubang dan kutipan sampah yang tidak teratur di Selangor.
Bagaimanapun, hasil semakan, beliau mendapati ada antara PBT di negeri itu yang mempunyai simpanan tunai dan aset bernilai beratus juta ringgit, katanya ketika membahaskan titah ucapan perasmian persidangan dewan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sebagai contoh, kata Azmin, Majlis Bandaraya Petaling Jaya mempunyai simpanan tunai dan aset bernilai RM200 juta, Majlis Perbandaran Kajang RM150 juta dan Majlis Bandaraya Shah Alam lebih RM100 juta,
Beliau berkata PBT sepatutnya tidak perlu mempunyai nilai simpanan yang tinggi, hanya sekadar dua bulan daripada nilai pendapatan tahunannya.
Oleh itu beliau berkata PBT harus diberi kelonggaran supaya simpanannya boleh dicairkan bagi membolehkan mereka melakukan penyenggaraan jalan dan menguruskan sisa pepejal dengan lebih cekap.
Mengenai pengurusan sisa pepejal, beliau berkata PBT di Selangor menanggung kos RM400 juta setahun dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, umpamanya, membelanjakan 43 peratus daripada pendapatannya setahun untuk membayar Alam Flora Sdn Bhd bagi menguruskan sisa pepejal di kawasannya.
Oleh itu, Azmin berkata PBT perlu meneliti semula perjanjian masing-masing dengan Alam Flora.
“Sebagai contoh Majlis Daerah Hulu Selangor dapat melupuskan sisa pepejal dengan baik tanpa Alam Flora,” katanya.
Beliau juga kerajaan negeri perlu mencari jalan bagi menyelesaikan masalah pelupusan sampah kerana penggunaan tapak pelupusan sampah tidak lagi sesuai dan penggunaan insinerator juga mungkin tidak sesuai kerana ia akan membebaskan sejenis gas yang mencemar udara sekitar.
– BERNAMA
Pertama - sebahagian daripada penipuan yang telah berlaku ketika PRK Bagan Pinang yang lepas adalah janji UMNO/BN untuk memberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pembinaan 150 unit rumah PPRT di Ladang Siliau yang pada hakikatnya, projek ini telahpun dijanjikan pada 10 tahun yang lepas.
Ini bermakna, mereka (UMNO/BN) sentiasa mengulangi janji yang sama setiap kali Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil berlaku.
Kedua - mereka berjanji untuk memberi tanah seluas 1 hektar bagi pembinaan sekolah yang dijangka siap dalam tempoh hanya 1 tahun bagi menggantikan sekolah SRJKT Ladang Sungai Salak yang selama ini beroperasi dalam Premis Kedai 2 Tingkat di Ladang Sungai Salak. sampai ke saat ini, masih tidak kelihatan bila ianya akan bermula atau dimana lokasi pembinaannya.
Ketiga - janji UMNO/BN untuk membantu semua penduduk miskin yang berpendapatan rendah dibawah RM700 layak untuk mendapat bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). hakikatnya sehingga ke hari ini, janji terdahulu sebanyak RM300 juga masih tidak terlaksana.
Ini hanya sebahagian dari janji-janji yang telah ditabur oleh UMNO/BN dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang tetapi sehingga ke hari ini, "Janji Tinggal Janji"... kini UMNO/BN galak pula menabur berbagai janji di Hulu Selangor pula...
Kata para penduduk Bagan Pinang yang tertipu - "Kami sudah tertipu... anda bila lagi..?" sinis...
Kemarahan yang selama ini disimpan, diluahkan dengan kata-kata amaran daripada sebahagian penduduk-penduduk kawasan estet yang terlibat.
Wakil Kaum India - Estet Ladang Siliau sedang memberi penjelasan dan bukti penipuan KERAjaan UMNO/BN terhadap penduduk-penduduk keempat-empat estet dalam jajahan DUN Bagan Pinang.
Saufi selaku Pemangku Ketua AMK Telok Kemang sedang ditemuramah oleh salah seorang wartawan yang hadir bagi menjelaskan tujuan demo bantahan ini diadakan.
i yang pertama ialah IKHLAS.
i yang kedua ialah IKHTIKAD atau bersungguh-sungguh
i yang ketiga ialah ISTIQAMAH
Demikian dijelaskan oleh YB Ust. Nasharudin Mat Isa, Timb. Presiden PAS semasa melancarkan Jentera PAS Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Batang Kali petang tadi.
"Walau pun bukan PAS yang bertanding. Atas semangat untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat seluruh jentera PAS perlu berusaha bersungguh-sungguh bekerja sama dengan jentera Pakatan Rakyat yang lain untuk mengekalkan kerusi P094 terus kekal.""
Dengan dibantu oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS yang turut menghantar wakil pada majlis tersebut PAS berharap kerusi parlimen hulu Selangor akan kekal di tangan Pakatan Rakyat.
YB. Ust. Nasharudin yang dilantik sebagai pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Hulu Selangor sebenarnya membawa cabaran yang hebat. Pertama untuk membantu memenangkan calun dari PKR. Dan kedua barangkali perjuangan peribadinya untuk membuktikan komitmennya terhadap"Memperkasakan Parti Memperkukuh Pakatan". Beliau yang dicap oleh sesetengah ahli PAS sebagai pro kepada UMNO harus menggunakan pentas ini untuk membuktikan pendirian sebenar beliau.
Kalau atau menang semasa PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap beliau.Tinjauan awal yang dibuat mendapati akan ada protes dikalangan orang melayu terutamanya berikutan DS Najib telah mengumumkan bahawa calun BN tetap dari MIC. Hulu Selangor merupakan kawasan yang paling besar di Selangor dengan demografi penduduknya tidak setempat. Ini akan memberi kesan kehadiran orang ramai terhadap kempen ceramah pilihanraya yang akan diadakan. Disini PR mempunyai kelebihan berbanding BN atas kapasiti kerajaan Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.Akses penggunaan tempat-tempat seperti dewan dan balairaya memihak pada PR. BN mungkin terpaksa menggunakan kemudahan sekolah-sekolah atau Jabatan Persekutuan untuk berkempen. Difahamkan semua sekolah digunakan sebagai tempat untuk mengundi dan secara tidak langsung BN tidak boleh menggunakan kemudahan di sekolah.
Apapun pertembungan kali ini adalah antara dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan dasar Satu Malaysia.
Bagi seorang pekerja yang bekerja berterusan 20 hari dalam sebulan dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kos yang perlu mereka keluarkan ialah tenaga, masa, duit minyak dan duit makan. Cukup bulan mereka dibayar semula pelaburan mereka itu. Ada yang kata cukup(Alhamdulillah) dan yang ada kata tak cukup(Subhanallah). Biasanya duit gaji yang berkat sentiasa cukup jika dibelanja dengan cara penuh berhemah. Namun nafsu manusia tidak terbatas berkehendak pada bermacam karenah. Syaitan sentiasa membisik dikalbu kita.
“Ambil sedikit duit tu kau berjuang untuk bangsa kau. Perlu ambil sedikit ganjaran. Kalau kau tak kebas orang lain yang kebas. Pemimpin kau pun kebas. lagi… banyak!”
Maka syaitan akan tersenyum bangga jika kita bersetuju dengan ungkapannya. Bermulalah episod ”RASUAH”. Diulang dengan berbagai cara. Merebut setiap peluang yang ada. Perbelanjaan atau perolehan tidak setimpal dengan jawatan yang disandang. Nak kata buat ’direct selling’ atau berniaga secara sambilan tidak juga. Namun keretanya menyilaukan mata orang lain. Rumah kediaman pula janganlah cerita ubahsuai bergilir masa.
Maka wujudlah sekelompok manusia yang kononya memperjuangkan bangsa tetapi bergelumang dengan dosa. Mengambil wang yang bukan milik mereka.