Thursday, September 30, 2010

EHSAN WARGA EMAS P.PINANG, PERKASA TERLIBAT?

Mengulas mengenai tohmahan satu pihak yang mendakwa bahawa pemberian wang ehsan RM 100 kepada semua warga emas P.PinangYAB Ketua Menteri , Lim Guan Eng berkata,“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,”

Media perdana cuba memanupulasi isu ini dengan berita 40 orang warga emas memulangkan semula wang tersebut. Dalam hal ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim berpendapat ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

Kes seperti ini berlaku pada Jawatankuasa Surau Al-Huda yang telah digantung oleh JAIS. Sekumpulah ahli PERKASA cuba mengaut keuntungan politik dengan menawar bantuan yang sama. Tidak mustahil pihak UMNO akan menggunakan cara yang sama cuba mempengaruhi warga emas yang terlibat kerana selama ini pun itulah kerja mereka. Menjadi  musang berbulu ayam.

(Satu pesanan diterima memaklumkan bahawa YB Teo Nie Ching akan dipanggil untuk memberi keterangan di IPD kajang pada 2 oktober(Sabtu) jam 10 pagi esok. Diharapkan semua dapat bersama-sama menyatakan sokongan kepada beliau dan juga sokongan dalam menjelaskan Islam yang sebenar kepada JAIS.)

Friday, September 24, 2010

SELERA MAKAN BERTAMBAH BILA BINI PUAKA TAK KACAU

Sekumpulan 4 orang mahasiswa Universiti Malaya yang menghadapi tuduhan membakar carpet yang bakal dilalui oleh ‘Big Momma” dan menconteng dinding dengan perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (API) UM pada 24 Jun tahun lalu.sebelum kedatangan isteri perdana menteri itu dibebaskan dari tuduhan tersebut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kira-kira 60 orang penyokong mereka terdiri dari mahasiswa 4 dari 4 buah universiti di Lembah Kelang menyambut kemengan mereka dengan melaungkan slogan ‘Bangkit Mahasiswa’ dan “Student Power’.

Kemengan ini sudah dijangka kerana pertuduhan terhadap mereka dengan saksi-saksi dari pihak keselamatan UM adalah tidak jelas. Namun ramai menjangkakan akan ada ‘tangan-tangan’ yang cuba mempengaruhi keputusan penghakiman. Apakah akan ada tindakan ‘tak dapat tanduk telinga dipulas’?Memandangakan kemenagan ini sedikit sebanyak akan menaikkan semangat dikalangan perjuangan mahasiswa ke arah lebih berkeyakinan untuk menentang dasar-dasar kerajaan yang membelakangkan kepentingan rakyat.

Wednesday, September 22, 2010

MUNAJAT 40.40.40 PILIH BANGI SEBAGAI PELANCARAN

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat memilih Bangi sebagai tempat pelancaran bagi Lembah Kelang pada 14 November ini. Majlis akan disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata misi menghantar 40 orang guru pondok ke Mekah selama 40 hari dan 40 waktu bermunajat memohon pertolongan dari Allah agar hak rayat Kelantan terhadap hasil minyak dikembalikan. Misi itu memerlukan perbelanjaan RM 400 ribu bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut. Misi itu akan bermula selepas musim haji sebaik sahaja urusan visa diselesaikan.

Sejak dilancarkan pada 11 September dulu tabung itu telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM 20 ribu.

"Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu," kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.

Pihaknya telah menentukan identiti 40 ulama dan tok guru pondok yang akan bermunajat  bersama di Masjidil Haram antaranya Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
"Beliau juga bertindak sebagai pengerusi munajat tersebut," katanya sambil menambah bahawa pelancaran tabung tersebut di peringkat Kelantan dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Mengulas mengenai rancangan tersebut, ADNS(Ahli Dewan Negeri Selangor) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar bahawa beliau telah dihubungi oleh pihak penganjur merasa amat berbesar hati dengan pemilihan Bangi sebagai tempat pelancaran. Sehubungan dengan itu beliau akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama terdiri dari warga Bangi bagi membantu majlis tersebut.

“Majlis tersebut akan diadakan pada 14 November ini bertempat di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Ini adalah kali kedua kita bekerjasama menganjurkan program sedemikian,” katanya.

Beliau mengharapkan majlis itu dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.

(Tang munajat ini jangan buat main. Doa mereka yang teraniaya direct tanpa hijab. Adakah selepas ini Najib akan mengarahkan 40 ulama muda UMNO melakukan pekara yang sama?)

Tuesday, September 21, 2010

KERANA GLC RAMAI BERUBAN DAN BOTAK

Kerana bersaing dengan GLC ramai korporat Malaysia samada rambut penuh beruban ataupun botak?

nazir-razaktony fernandes

 

 

 

 

 

 

 

 

Tatapi bukankah botak dan beruban tu melambangkan kemewahan seperti mereka ini.

taib mahmud Tan-Sri-Rozali_photo

Patut belajar dari dia ini?

rosmah nyanyi

BERAYA DENGAN BENDERA PAS DI MELAKA

Dalam perjalanan balik kampung beraya di Melaka saya suka melihat satu pemandangan yang ‘sejuk mata memandang” – jajaran bendera PAS yang berkibaran. Cuma pada tahun ini(1431) di Semabok yang terkenal sebagai antara kubu kuat PAS pemadangan itu kurang menyerlah berbanding tahun lepas. Menyusuri jalan terus ke Muar betul-betul pada satu simpang sebelum memasuki Medan Ikan Bakar Umbai disitu mata ditumpukan. Sebuah rumah kecil dipersimpangan memasuki sebuah perkampungan, Kampung Bukit Kecil, Pernu, Melaka. Pemandangan yang menyebabkan kita berasa di alam lain. Meremang  bulu tengkok  saya melihat bendera PAS berkibar berjajaran mengelilingi rumah tersebut. Sambil hati tertanya ada program ceramah ke di pagi raya nanti?

bk 2 bk 1

Hajat singgah menziarahi ditunaikan. Kebetulan ada beberapa jemaah sedang khusyuk bergotong royong membersih dan menghias rumah tersebut yang sebenarnya adalah markas PAS bagi cawangan Bukit Kecil- PAS Kota Melaka. Salam dihulurkan memperkenalkan diri dari Bangi Bandar Ilmu. Kata mereka inilah sahaja yang mampu mereka buat untuk menzahirkan rasa cinta pada perjuangan PAS. Setiap tahun menjelang raya markas PAS itu akan dibersihkan dan diperindahkan. Bendera kusam PAS malah ada yang carik diganti dengan baru untuk terus berkibar untuk tahun berikutnya.

Sebagaimana kagetnya saya melihat bendera PAS mereka juga kaget mendengar nama Bangi. Mereka berkata Bangi beruntung kerana Allah telah meberi kemenangan pada perjuangan PAS.

“PAS di Bangi telah berjaya dengan majoriti yang tinggi. Kami disini walaupun dikalahkan dengan majoriti dibawah 2500 sentiasa berharapa agar kami dapat bersama Bangi mencipta kemenangan buat PAS dalam PRU ke13 nanti. Untuk itu ini adalah antara usaha kecil kami. Namapun Bukit Kecil jadi kecillah juga usaha kami ini.” selorohnya sambil tersenyum. Satu yang tipikal untuk orang Melaka bahasa yang munkin agak kasar namun kemesraan mudah dijalin.

Sambungnya lagi,”Kau kat Bangi mungkin lebih hebat. Bagaimana keadaan disana?”

Satu pertanyaan yang membuat saya terkedu untuk menjawabnya. Dengan senyum kelat saya cuma mampu menjawab,”Alhamdulillah.”

Buat sahabat di Bukit Kecil saya hanya mampu memanjangkan salam perjuangan mereka yang gigih kepada sahabat yang lain yang membaca artikel ini. Dan juga menyebarkannya kepada yang lain.

Sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi:-

SDR. ZAKARIA MD. SEH (016-2712359) – Ketua Cawangan  atau SDR. RAMLI KHAMIS (017-6526348) – Bendahari

(Mereka amat memerlukan bantuan kepakaran dalam bidang IT dan sedkit bantuan kewangan)

Terima kasih kepada mereka yang sudi memanjangkan artikel ini.

Monday, September 20, 2010

KUASA MEMBERI TAULIAH PADA JAIS KENAPA TIDAK DIPERTURUNKAN?

  Jika sebelum ini MAIS dan JAIS bertindak pantas (tanpa siasatan) mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang kerana membenarkan YB Teo Nie Ching berucap dalam surau tersebut sewaktu majlis penyampaian cek bantuan. Kita didedahkan oleh perbuatan yang sama oleh ‘Ustaz Kamalnathan” yang menyerahkan cek bantuan di Masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor. Kita juga didedahkan akan kehadiran Pengerusi MAIS dalam program yang melibatkan ahli politik bukan Islam memakai baju berlogo politik sewaktu berkempen di Masjid Felda Soeharto(RUJUK LINK). Tetapi kita seperti biasa tidak mendengar sebarang tindakan terhadap peristiwa tersebut. Jelas ada polisi ‘double standard’ yang berlaku dalam pentadbiran MAIS

Kita juga terpaksa menerima beberapa tindakan yang tidak profesional ‘mereka-mereka’ ini dalam pemberian tauliah samada untuk menyampaikan khutbah Jumaat atau tazkirah di surau dan masjid dalam Selangor. Sewaktu pemerintahan BN hanya mereka yang diberi tauliah sahaja dibenarkan membaca khutbah dan tazkirah. Kuasa memberi tauliah ini terletak pada pentadbiran Jais yang diketuai oleh pangarahnya Mohd Khusrin Munawi. Sehingga itu berbagai syarat dikenakan bagi mendapatkan tauliah ini. Syarat utama ialah tidak boleh bercakap mengenai politik dalam khutbah atau tazkirah. Perlanggaran syarat ini(oleh pihak UMNO) telah banyak kali didedahkan tetapi sehingga ini tiada satupun tindakan yang diambil samada oleh JAIS ataupun MAIS.

Nazir atau pengerusi masjid teragak-agak untuk membenarkan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat samada untuk memberi khutbah atau memberi tazkirah disurau atau masjid mereka kerana takut disalah tafsirkan sebagai berpolitik dalam masjid atau surau. Apakah setiap ayat yang ingin disampaikan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat ini ini disifatkan politik? Adakah seruan untuk meningkatkan dakwah dengan mengimarahkan masjid dan surau juga dianggap berpolitik?

Dalam waktu yang sama kita juga didedahkan ramai pemimpin UMNO bukan sahaja bebas menggunakan surau atau masjid untuk berbagai program bahkan lebih teruk lambang parti samada pada baner, bendera atau beg digunakan. Ini tidak termasuk dalam ucapan aluan yang mengangkat nama ketua cawangan atau bahagian yang hadir.

Apakah keadaan ini perlu dibiarkan berterusan semata-mata tidak mahu berkonflik dengan pihak istana? Sedangkan disatu pihak lain mereka seolah menjadikan jawatan yang dilantik dan kuasa yang mereka ada seolah mendapat restu sepenuhnya dari pihak istana? Jangan biarkan ‘duri dalam daging’ ini menganggu gugat pentadbiran Pakatan Rakyat. JAIS dan MAIS perlu dibersihkan dan dilihat sebagai satu institusi yang benar-benar bebas.

Friday, September 17, 2010

HARI RAYA TERAKHIR BUAT TAIB MAHMUD SEBAGAI KM

Desas-desus pihanraya negeri Sarawak akan diadakan pada masa terdekat semakin kuat bertiup kencang. Ramai penganalisa mengatakan pilihanraya itu perlu diadakan pada tahun ini (2010) juga memandangkan beberapa sebab. Sebab utama menurut penganalisa ialah keadaan ekonomi pada tahun depan 2011 semakin sukar diramal. Dalam iklim ekonomi dunia dimana Amerika sebagai peneraju ekonomi dunia dijangka sedang berhadapan dengan ekonomi fasa baru akan menjejaskan sumber pelaburan yang menjadi nadi pembangunan Sarawak dan yang paling penting sumber pendapatan kerajaan BN bakal terjejas. Politik Sarawak kalau mengikut kajian amat bergantung kepada isu kewangan. Disana wakil rakyat yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh lebih dihormati daripada calun politik yang hanya punya idealis perjuangan. Berbeza keadaan politik di Semenanjung dimana isu harta wakil rakyat begitu sensitif dan sering dijadikan sebagai senjata untuk memenangi pilihanraya terutama oleh pihak pembangkang.

Namun fenomena ini mula berubah. Kesan pemikiran politik yang semakin matang terutama dikalangan orang cina Sarawak maka dalam PRK Sibu calun BN telah tunduk kepada Pakatan Rakyat. Inilah yang ditakuti oleh kerajaan BN pimpinan Abdul Taib Mahmud (Pak Uban) yang mewakili Parti Bumiputera Bersatu (PBB). Beliau yang memulakan kerjaya politiknya setelah memenangi kerusi parlimen Kota Semarahan pada tahun 1970. Dipercayai ahli parlimen yang kedua paling lama selepas Ku Li. Selepas memenagi kerusi DUN Sebandi (sekarang Asajaya) pada tahun 1981 Taib Mahmud dilantik sebagai Menteri Tanah dan Galian Sarawak dan seterusnya mengantikan Abdul Rahman Yaakup (bapa saudaranya) sebagai Ketua Menteri Sarawak sehingga kini. Tun Hussein Onn PM sewaktu itu adalah orang yang bertanggungjawab menurunkan Rahman Yaakup dengan menggantikan Taib Mahmud. Rahman Yaakup yang tidak berpuashati cuba mengadakan undi tidak percaya kepada kepimpinan Taib Mahmud melalui satu perjumpaan di Hotel Ming Court K.L yang disertai oleh alhi politik dari PBDS dan SNAP.

Bagi menangani isu  ini Taib Mahmud telah mengadakan pilihanraya kecil Sarawak pada tahun 1987. Dalam pilihanraya itu beliau menang tipis 28 dari 48 kerusi yang dipertandingkan.8 ahli politik PBDS kemudian belot dan menyokong kedudukan Taib Mahmud yang semakin kukuh. Sehingga itu Taib Mahmud telah menggunakan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sarawak bagi membina emapayar kekuasaannya.

Lapuran berita mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa banyak dilapurkan oleh media antarabangsa. Antaranya Bloomberg, The London Times dan Al Jazeerah TV. Syarikat konglomerat gergasi Cahaya Mata Sarawak yang sahamnya dimonopoli oleh beliau dan ahli keluarga beliau menerima kontrak daripada kerajaan negeri lebih dari RM 500 juta setahun. Syarikat ini juga mempunyai kaitan dengan syarikat penguraian Aluminium Sarawak yang dikaitkan dengan Projek Hidro Bakun dan pembinaan bangunan parlimen Sarawak di Kuching yang bernilai RM 300 juta.

Selain mempunyai kawasan pembalakan yang bernilai berbilion ringgit Taib mahmud juga didakwa mempunyai beberapa aset diluar negara yang bernilai jutaan ringgit. Dengan liabiliti maklumat seperti ini yang semakin tersebar  dikalangan rakyat Sarawak terutamanya menjadikan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan BN Sarawak bakal tergugat. Persoalan siapakah yang wajar mengantikan beliau atau yang lebihafdal digantikan terus kerajaan BN yang memerintah selama ini.

Mee kolok yang dinikmatinya selama ini mungkin berubah rasa selepas eidul fitri 1431.

Thursday, September 16, 2010

PERKASA…KUSANGKAKAN JANTAN RUPANYA BAPUK

Selama ini merekalah yang sering berkokok lantang menyuarakan hak istimewa orang melayu. Dimata sesetengah rakyat merekalah wira orang melayu. Bersemangat perkasa, tubuh mantap dan tidak lupa songkok hitam baldu, keras, tinggi menjulang langit, Tetapi apakah gunanya semua itu jika diajak berdebat dengan Puteri Reformasi tiba-tiba jadi dayus.

perempuan-perkasa 

Dari Nurul Izzah

Semenjak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan telah dikeluarkan terhadap saya.Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.

Hairan, kerana orang yang mencadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka sebanyak 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula mengalami nasib yang sama seperti saya.

Saya sudah jelaskan bahawa bukanlah niat saya untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar untuk mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

Yang saya hujahkan dalam tulisan saya sebelum ini adalah bukan kedudukan istemewa orang Melayu dipersoalkan tetapi PELAKSANAAN dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?

Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincangkan hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.

Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu.

Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik tahun 2009, 78.2 peratus daripada kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Namun, kerajaan juga sedang berusaha untuk merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum.

Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.

Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan persekutuan?

Saya juga percaya Perkasa sudah tentu akan bersetuju dengan saya kalau saya cadangkan sebahagian pendapatan Petronas, 30 peratus keuntungan tahunan misalnya, disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk membiayai biasiswa anak-anak kita.

Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada melaung-laungkan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Yang saya perjuangkan adalah banyakkan biasiswa menjadi 100 tempat, contohnya, sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.

Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi. Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?

Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan.

Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Jadi adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan?

Tidakkah ini memberi kesan kepada “hak Melayu”?

Oleh kerana kedudukan Bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan Perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman.

Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga telah mengisytiharkan bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 

Dan perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan pada kadar minimum 30 peratus.

Inilah dasar yang begitu kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya Umno.

Dasar ini pada saya cukup kabur sekali, kerana tidak jelas apa yang dipertahankan sebenarnya. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan keseluruhan orang Melayu? Adakah ia akan menaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya adalah orang Melayu?

Dan data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya pada 2002 mengatakan pegangan orang Melayu sebenarnya sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 juga mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus.

Perbezaan-perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun yang pasti, walau apa angkanya, orang Melayu terbanyak tidak mendapat faedah daripada dasar ini.

Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar 'Pengagihan Semula secara Adil Kekayan Ekuiti Bumiputera' sediada didalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan pengswastaan dari kerajaan, konsesi lebuhraya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat bumiputera dengan menggunakan nilai saham 'par-value' yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu dimana 25 peratus saham tadi dimasukkan kedalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Dan baki 70 peratus pegangan asal masih didalam tangan pemilik individu dan syarikat bumiputera tadi.

Untuk menguji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mulakan dengan syarikat Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak membina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu.

Apa yang saya cuba bangkitkan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Kerana itu saya terkejut apabila bermacam-macam tohmahan ditujukan kepada saya.

Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail sendiri pernah mengatakan bahawa kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang-orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham adalah juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.

Maka Tun Dr Ismail mengatakan kedudukan orang Melayu ini akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau meramalkan dengan semakin ramai Melayu yang berpendidikan dan mendapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa ini.

Walaupun bukanlah tujuan saya di sini untuk menghapuskan peruntukan perlembagaan itu, kerana yang saya persoalkan adalah dasar dan pelaksanaan.

Tapi apa yang hendak saya katakan adalah proses perubahan seperti yang diramalkan bekas timbalan presiden Umno itu hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan.

* Penulis adalah ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau mengalu-alukan maklum balas di mp@nurulizzah.com

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/09/mengapa-saya-ajak-perkasa-berdebat.html#ixzz0zh3kTSTp

Wednesday, September 15, 2010

MAT BOTOK MASIH SOMBONG KERANA 2C DENGAN PUTRAJAYA

Setiap kali dihujani persoalan mengenai harga rumahnya jawapan Mat Botox ini tetap sama.  Rumahnya seperti yang selalu didakwa hasil pinjaman dari institusi kewangan dan dinilai oleh Rahim & Co (orang kuat UMNO) harganya tetap bukan RM 24 juta. Di atas kertas begitulah . Apa sahaja mampu dilakukan semasa 8 tahun beliau menerajui Selangor negeri termaju di Malaysia. Bukan sahaja RM 24 juta malah kalau dikatakannya harga rumah itu RM 2.4 juta pun kita tak boleh berkata apa kerana semuanya disokong oleh rangkaian kertas-kertas dari panel penasihatnya. Mat Botok ini dakwa rumahnya hanya RM 3.5 juta sedangkan mengikut penilaian harga tanahnya sahaja bernilai RM 3.8 juta ( kawasan elit di SS 7 Shah Alam).

istana khir Barangkali rakyat marhaen seperti kita sahaja yang sentiasa melopong mulut memikirkan bagaimana juak-juak UMNO ini mampu memiliki harta semewah itu. Sedangkan antara kita yang bekerja siang malam, suami isteri bagi melangsaikan hutang perumahan sekitar RM 100 ribu ke RM 1 juta sentiasa berasa pening kepala memikirkannya.

Fenomena kemewahan pemimpin UMNO ini sememangnya menjadi tarikan utama kepada mereka yang kononnya pembela nasib melayu. Minat ini dikongsi oleh ramai yang bercita-cita ingin memiliki kemewahan yang melimpah ruah. Perjuangan membela nasib orang melayu hanya dijadikan sebagai asbah. Apa yang lebih utama ialah KUASA. Di Bangi bagaimana seorang yang hanya mempunyai kelulusan STP mampu mempunyai aset bernilai jutaan ringgit hanya semata-mata dia orang UMNO(mestilah pemimpin) seringkali dipersoalkan. Perkataan  “CONTRACT & CONTACT” adalah kata kunci yang selalu digunakan. Kertas yang digunakan hanya sebagai satu formaliti sahaja. Apa-apa hal  sila rujuk. Tak puas hati sila dakwa.

Namun semua ini bakal berubah. Dan itulah yang kita harapkan. Menyahkan  atau menghapuskan sama sekali  ‘kontrak dan hubungan’ mereka ini dengan Putrajaya.Sehingga itu kita akan dengar jawapan yang berlainan dari soalan yang sama.

Monday, September 6, 2010

LAILATUL QADAR DI SURAU AL-HUDA

Ekoran perintah MAIS yang memecat Jawatankuasa Surau Al-Huda yang dipengerusikan oleh Ust. Azemi Ahmad maka surau yang sentiasa diimarahkan oleh sembahyang berjemaah, tazkirah, qiamulail dan beberapa program lain kini sepi pada malam-malam akhir ramadhan.

Tinjuan mendapati hanya waktu solat isyak sahaja ada imam yang terpaksa didatangkan dari Masjid Jame’ Kajang  untuk menjadi imam solat isyak berjemaah sehingga solat terawih. Manakala pada waktu –waktu lain seperti maghrib dan subuh Surau Al-Huda seakan sepi tanpa jemaah. Jawatankuasa yang selama ini mengimarahkan surau tersebut tidak lagi berfungsi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tindakan MAIS menampal arahan bahawa pentadbiran Surau Al-Huda akan diuruskan oleh pegawai JAIS dan dikawalselia oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat(PAID) sehingga suatu Jawatankuasa Surau Al-Huda yang baru dilantik oleh MAIS menimbulkan tanda-tanya dikalangan mereka yang biasa berjemaah disitu. Program-program yang telah dirancang terutama pada akhir ramadhan tergantung untuk dilaksanakan.

Bagi mendapat keredhaanNya dan tidak mahu berkonflik dengan pihak JAIS ramai jemaah memutuskan untuk bersembahyang di masjid atau surau yang berdekatan. Timbul persoalan adakah tindakan oleh MAIS itu wajar? Tindakan yang diambil agak keterlaluan sehingga masyarakat mula mempersoalakan apakah motif sebenar hukuman yang dikenakan itu.

Barangkali mereka di MAIS wajar merenungi sebuah hadith Rasulullah SAW :

مَامِنْ قَوْمٍ يَجْتَمِعُوْنَ فِى بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ يَقْرَؤُوْنَ وَيَتَعَلَّمُوْنَ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَيَتَدَارَسُوْنَ بَيْنَهُمْ إِلاَّ حَفَّتْ بِهِمُ الْمَلآئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرُّحْمَةُ وَذَكَرَهُمُ الله فِيْمَنْ عِنْدَهُ

”Mana sahaja daripada suatu masyarakat yang berkumpul daripada rumah-rumah Allah AWJ (masjid-masjid), membaca dan belajar Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka pada makhluk-makhluk yang berada disisiNya”. (H.R. Ahmad)

Sehingga itu Surau Al-Huda masih menyepi sesepi malam lailatul qadar.

SEJARAH LAILATUL QADAR

muslim_mosque_makkah_wallpaper

"Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul - Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan"-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
"Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)'-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : "Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir". ( Kitab Durrah al - Nasihin ).
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : "Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain"- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim.
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.


Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:
"Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat...(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.
Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.
Ibnu Hazam berpendapat:-
• Jika bulan Ramadan 29 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.
• Jika Ramadan genap 30 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.
Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).
Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w." Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?"Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu " Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ....". Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.
• Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).
• Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul - Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.
• Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.
Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.
Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-
• Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
• Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
• Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
• Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
• Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. "Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya.....".
Dalam riwayat lain,"Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai".
Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim), selawat (Allahumma sholli'ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: "Allahumma innaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli".
Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-
{ Doa.
{ Beristighfar.
{ Bertasbih.
{ Bertahmid.
{ Bertakbir
{ Bersedekah
{ Menjaga maruah dan akhlak
{ Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{ Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).
Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:
{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{ Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!
____________
Ihsan dari Sahabat Panglima7

Saturday, September 4, 2010

MESEJ KEPADA KUMPULAN BENDERA INDONESIA

Sewaktu anda sedang ‘sweeping’ di Indonesia mencari rakyat Malaysia disana, kami disini (Bangi) merelakan kumpulan pelajar Indonesia yang sedang mencari ilmu mengimami kami pada solat waktu dan terawih. Biarpun sebahagian besar dari mereka sedang ‘mudik’ kembali ke Indonesia untuk menyambut Eidul Fitri. . Sewaktu anda membakar Jalur Gemilang bendera Malaysia ribuan warga Indonesia yang mengonngsi rumah-rumah kecil berdinding plywood buat perlindungan kerana mencari sesuap rezeki. Kami relakan kerana rezeki Allah maha luas.Sewaktu anda berdemostran dijalanan di Indonesia kami disini tetap membeli juadah puasa walaupun jelas kedengaran suara yang menjaja adalah dari Indonesia.

Sewaktu semua umat Islam didunia sedang mengimarahkan rumah Allah mencari Lailatul-Kadar kenapa anda masih dijalanan menjaja emosi anda?

Ingatlah jika anda mempunyai NEKAD maka kami punya TEKAD. Namun kita sama-sama punya Allah sebagai pergantungan hidup kita.

Thursday, September 2, 2010

DR GIGI JADI PENEROKA FELDA?

Dulu Dr Mahathir menyelar TGNA, katanya: Ulamak macam TGNA ni patut duduk kat masjid aje. Dia tak layak/geti mentadbir negara.

Dibalasnya TGNA : Dr. Mahathir ini keje dia rawat pesakit. Patut duk kat klinik sahaja.

Ini ade sorang lagi. Siapa sangka ada doktor gigi kat Selangor jadi peneroka.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.
"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.
Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

"Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Agak-agaknya siapa doktor gigi tersebut?

Masa bila dia ni interview jadi peneroka? Sejak bila tukar profesion wak? 

khir tempe