Wednesday, July 28, 2010

Disebalik kempen “Selamatkan Selangor” Umno

ezam khir noh

Soldier of fortune Umno ini tidak menyedari bahawa dirinya umpama agung susut, ponggah masih.

Barangkali benar sapaan Datuk Hasan Ali terhadap Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan yang bertemakan “Selamatkan Selangor” wajar ditukar kepada kempen “Selamatkan Poket Pemimpin Umno Selangor”.

Monday, July 26, 2010

LEBAI REMPIT

35117_140800045947987_100000539772057_301225_2974519_n Semasa himpunan muslimat PAS di Kelantan ada perwakilan menyarankan golongan ustad muda mencontohi kepimpinan Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna. Semasa eranya memakai kot adalah dianggap sekular. Pakaian pendakwah adalah berjubah dan berserban dianggap satu kemestian. Langkah yang diambil oleh Hasan Al-Banna berlainan sekali. Beliau lebih senang dilihat memakai kot dan tarbus berjanggut menyesuaikan diri dengan masyarakat sekitar. Beliau juga seringkali dilihat berdakwah dikelab-kelab malam yang menjadi trend golongan-golongan yang mula dirasuki pengaruh barat.

Pengerusi Zentrum, Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah juga pernah memberi komen sama tentang perlunya ustad muda ini menyesuaikan diri agar dapat diterima oleh golongan muda-mudi yang hilang panduan. Menyedari bahawa lebih dari 60% pengundi pada PRU ke 13 nanti adalah terdiri dari golongan mereka yang berumur 20-40 tahun maka pemuda BN telah melakukan satu kajian yang sama terhadap golongan ini. kajian mendapati majoriti dari mereka tidak memihak kepada mana-mana parti dan sukar diramal kecenderungan mereka. Walau bagaimana pun semasa PRU ke 12 golongan ini dilihat cenderung memberikan undi mereka kepada calon Pakatan Rakyat terutama dari PKR. Majoriti golongan ini menyantuni gaya kepimpinan Anwar Ibrahim. Mereka yang berada di IPT mula yang mempunyai kefahaman agama yang lebih mendalam lebih cenderung memilih PAS sebagai pilihan mereka. Agak aneh diperhatikan bila pendoktrinisasi melalui PLKN gagal menarik minat mereka ini kearah kerajaan BN.

38323_140800789281246_100000539772057_301273_7637356_n Kempen ‘ Orang muda geng kita’ lebih menampakkan impak dikawasan pantai timur(Kelantan dan Terengganu) namun agak berkurangan di kawasan pantai barat terutama di Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sedangkan kalau diperhatikan dikawasan Lembah Kelang adalah kawasan tumpuan golongan ini. Di Selangor jawatankuasa PeBT(Penggerak Belia Tempatan) yang ditubuhkan oleh kerajaan PR Selangor kurang menyerlah dengan hanya beberapa PeBT sahaja yang aktif.

Tindakan proaktif perlu dilakukan merekrut lebih ramai tenaga muda dan menyuntik kesedaran dikalangan mereka akan tanggung jawab yang bakal mereka pikul sebagai pewaris pemerintahan kerajaan akan datang.

Menteri yang bodoh cuba memperbodohkan rakyat

 nohomar_369298301 Akibat marah dituduh berak ditengah jalan maka dia menyepak dengan kakinya tahi yang ditinggalkan. Malang sekali tahi itu jatuh tepat kemukanya. Begitulah gambaran yang terjadi pada puak-puak Umno ini.

Tidak cukup dengan itu menterinya DS Noh Omar dalam ‘ceramahnya’ mendakwa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan PR melalui hasil jualan pasir yang meninggkat akan digunakan bagi menghadapi pilihanraya ke-13 nanti. Barangkali itulah sebabnya semasa BN berkuasa cukai pasirnya sentiasa dikekalkan dibawah RM 5 juta sahaja.Kecualilah kalau yang mendengar ceramahnya tidak berfikir menerima bulat-bulat kebodohan pemimpin mereka.

Mungkin dia sedar angka-angka ini:-

 

TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 JUN 2010
KEUNTUNGAN 3.4 JUTA 4.37 JUTA 4.29 JUTA 8.17 JUTA 13.76 JUTA 15.3 JUTA

 

telah membuktikan bahawa :-

1. Tuduhan yang dilemparkan oleh TPM Mahyuddin bahawa kerajaan PR Selangor tidak cekap adalah tuduhan liar dan tidak bertanggung jawab.

2. Kroni-kroni Umno sememangnya terlibat dalam aktiviti curi pasir dengan meninggalkan sedikit cukai bagi mengaburi mata rakyat.Kekayaan sebahagian besar daripada mereka berpunca dari hasil pasir dengan sokongan dari industri pembinaan yang rancak di Lembah Kelang.

3. Dasar- dasar kerajaan PR Selangor yang dilaksanakan oleh KKSB telah menyebabkan sumber kewangan kroni-kroni Umno yang menggunakan nama ‘usahawan Melayu’ telah terjejas

4. Keuntungan cukai dari pasir mampu dipertingkatkan jika mendapat kerjasama dari semua pihak (termasuk kerajaan persekutuan) dan pertambahan cukai itu dapat dinikmati bersama oleh rakyat.

5.Kejayaan kerajaan PR melaksanakan manifestonya. Dalam agenda MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) antaranya rakyat negeri Selangor berpeluang menikmati bekalan air percuma(utk 20 meter padu pertama) dan Skim Mesra usia Emas(RM 2500 untuk semua warga emas) dimana pembiayaannya berpunca sebahagian besarnya dari kutipan cukai pasir.

Cuma agak terkilan disebabkan masalah perundangan kita terpaksa menunggu sehingga tahun depan 2011 untuk mengambil tindakan yang sama pada kontraktor sampah yang sebahagian besarnya adalah kroni-kroni Umno. 

Sunday, July 25, 2010

MUFTI TAK BOHONG PEMIMPIN PAS TAK BOHONG. HABIS TU SIAPA YANG BOHONG

Berusaha mencari kebenaran Malaysia Insider hari ini 25 Julai menemubual mufti Perak TS Harussani mengenai pengakuan Dato Hasan Ali menemui beliau tetapi bukan berbincang pasal kerjasama PAS-Umno. Sebaliknya lebih berkisar pada perpaduan umat Islam yang dilihat berpecah.

harussani_zambry

Peliknya setelah Hasan Ali balik baru nak cakap bahawa pertemuan mereka tiada kena pasal PAS-Umno. Apakah niatnya cuba mensensasikan pertemuan mereka?

Saturday, July 24, 2010

KERENGGA: Umno Selangor menuju ke pusara.........

KERENGGA: Umno Selangor menuju ke pusara.........

SELEPAS INI UMNO NAK GUNA APA PULA

air selUmno kian terdesak untuk menggunakan apa sahaja bagi merealisasikan cita-cita mereka bertahta semula di Selangor, lubuk emas mereka sejak dulu. Diperingkat surau atau masjid ahli-ahli mereka secara terancang cuba menguasai jawatankuasanya. Walau pun mereka akui tidak mampu untuk sentiasa mengimarahkan surau dan masjid. Sampai kesatu peringkat mereka berkempen melalui rísalah yang diedarkan dan melalui individu tertentu untuk menjatuhkan jawatankuasa masjid atau surau sedia ada.

Gerak kerja melalui sekretariat ulama muda adalah sebahagian daripadanya. Selepas ini kita akan melihat seolah Umno akan lebih alim dari orang PAS. Akan lebih berilmu dari orang PAS. Janggut mereka akan lebih panjang dan dahi mereka akan lebih hitam dari orang PAS. Perubahan ini kalau dilihat pada sudut positif kita akan bersyukur menarik nafas panjang lega kerana akhirnya mereka telah insaf untuk bersama-sama berjuang. Namun kita jangan mudah terpedaya dengan metafora ini.

Selagi dasar mereka tidak berubah . Sekular dan perkauman. Apa yang berlaku adalah cita-cita hakiki mereka untuk berkuasa semula di Selangor.

Seperti yang diduga Umno akan menggunakan institusi Raja sebagai salah satu senjata mereka untuk ’mengusik’ kerajaan PR dalam isu air dan pasir. Kerajaan PR Selangor telah cuba untuk berunding dengan kerajaan pusat mengenai isu air. Yang tertekan disini ialah kroni-kroni disebalik perjanjian pembekalan air dari Pahang. Mereka yang telah membuat pinjaman dan pelaburan yang besar dengan andaian kantung poket mereka akan terisi hasil jualan air kepada rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan. Perjanjian yang berat sebelah dan merugikan rakyat tergantung apabila BN gagal menguasai Selangor. Apa yang membimbangkan mereka sekarang ialah kadar faedah dari pinjaman yang dilakukan terus menggunung. Tidak mustahil jika ini berterusan kita akan melihat beberapa syarikat yang gah suatu masa dulu bakal mengalami krisis kewangan dan tertiarap jatuh.

Bagi Umno berapa ramai rakyat yang terjejas mengenai tindakan mereka tidak penting. Apa sahaja yang perlu dilakukan akan dilakukan  untuk menguasai Selangor. Kantung kroni-kroni yang menyempit harus dikembungkan semula bagi kelansungan politik Umno yang kian menghampiri senja.

Friday, July 23, 2010

DENDAM DS NOH OMAR TIDAK KESAMPAIAN.


Pancingan yang dilakukan bagi menguji sejauh mana isu-isu boleh dieksploitasikan memburukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dilihat berkecelaruan dan tidak memihak kepada kerajaan BN. Bermula dengan selitan memaparkan pelbagai masalah di negeri PR seperti kemiskinan, kemudahan infrastruktur yang uzur dan sebagainya. Ini diikuti oleh  pengeluaran permit untuk akhbar PR seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket yang diperketatkan dalam waktu yang sama akhbar perdana berleluasa bercerita itu ini tanpa sekatan.. Terbaru cuba digoyangnya mahligai PR dengan mengilap kembali isu perpaduan PAS-Umno.

Selari dengan itu Umno Selangor ingin mencuba medium yang selalu digunakan oleh PR - melalui ceramah. Barangkali sudah tidak mempercayai akan keampuhan media perdana yang dikuasai oleh mereka menjalankan peranan. Sebanyak 19 ceramah telah diatur ke seluruh Selangor oleh DS Noh Omar dengan mengangkat semua wakil rakyat Umno di Selangor menabur cerita.

Kalau diperhatikan semua tingkah laku ini seolah menjurus kepada satu peristiwa besar – pilihanraya umum ke-13. Mereka yang selalunya tidak ambil pusing pasal politik pun dapat membaca kilasnya lalu bertanya, “Dah nak pilihanraya ke?’

Ditambah cerita nakal mengenai pemergian KM Sarawak ke London. Kononnya ingin mendapatkan khidmat Paul – Sotong tukang tilik bagi meramal tarikh yang boleh diterjemahkan kepada kemenanagan.. Ditegur yang lain mengatakan Paul ada di Jerman tapi ditambah.

”Sekarang urusniaga tak perlu ’direct’ kena pakai broker. Macam DS Najib guna broker untuk mendapat liputan media di Amerika.”

Apa pun kini dilihat nafsu DS Najib untuk mengadakan PRU ke 13 pada tahun ini semakin lesu,  Mungkin mula menerima pendapat rakannya Dato CSL(Chua Soi Lek) yang mengatakan bahawa MCA akan ’bungkus’ jika diadakan pilihanraya pada tahun ini. Tambah lagi bila ada ura-ura dikalangan pemimpin PR yang ingin mengadakan pilihanraya yang berasingan dengan mencukupkan pemerintahan selama 5 tahun (2008-2013).. Terkulatlah DS Noh Omar yang bercita-cita ingin menumbangkan kerajaan PR di Selangor. Awas dendamnya semakin membara,

Tuesday, July 20, 2010

BIARKANLAH DS KHIR TOYO TERUS MEROYAN DENGAN PENYAPUNYA



Umno semakin meracau dan keliru dengan hala tuju dan perjuangan mereka, selain gelabah apabila sokongan Melayu beralih kepada Pakatan Rakyat (PR) lalu cuba mengalihkan pandangan masyarakat kepada isu-isu yang impotensi.

Selepas pancingan mereka terhadap isu pasir gagal mendatangkan impak lepada rakyat malah memakan diri semula mempamirkan kerakusan mereka yang pernah berkuasa satu masa dulu. Rakyat seakan jelek dengan politik muran Umno. Tangan-tangan yang pernah rakus mengaut keuntungan dari bumi Selangor dulu, kini dan selamanya kini mahu menjadi juara? Kroni-kroni Umno kini tersepit kerana hasil yang membesarkan rumah dan kenderaan mereka kini berubah mengalir kepada rakyat melalui Skim Mesra Usia Emas dan pemberian air percuma umpamanya.

Kini mereka mula memancing isu IKYS (Institut Kemahiran Yayasan Selangor). Rancangan perpindahan IKYS statu ketika dulu pernah menjadi gula-gula pilihanraya kecil Ijok tapi dengan pelarasan baru membersihkan daki Yayasan Selangor ia diteruskan. Tidak timbual masalah penutupan IKYS seperti yang cuba dipolimikkan oleh DS Khir Toyo dan kuncu-kuncunya. Hakikat sebenarnya perpindahan pelajar dari IKYS ke INSPEN memberi satu peluang kepada pelajar-pelajar untuk menikmati suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Kedudukan INSPEN yang mempunyai hubung kait dengan pengusaha industri membenarkan pelajar menjalani latihan amali sudah tentu menerbitkan potensi besar dalam kerjaya mereka. Apakah masa depan belia Selangor perlu digadai semata-mata untuk ‘survival’ politik Umno yang sudah dipenghujung senja?

 Perpindahan itu dari satu sudut lain ádalah untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap institusi Yayasan Selangor sendiri. IKYS akan terus berfunsi sebagai institusi pembangunan insan khususnya untuk belia di Selangor.
Ketua pembangkang Selangor ini seharusnya menggunakan sisa perjuangannya untuk kembali memperbetulkan dirinya. Skandal istananya yang puluhan juta, isu lawatan ke Disneyland dan berpuluh lagi kes yang menunggu jatuh  kerjaya politiknya untuk dihadapkan kemuka pengadilan. Umno tidak akan menongkat langit selamanya.

Monday, July 19, 2010

PELARASAN SALAH TEMPAT

Yang perlu diselaras ialah beban kewangan akibat tindakan rantai kenaikan 5-1
Bukan dibina Wisma Wanita yang menelan belanja RM 19 juta.
Yang perlu diselaras ialah kemewahan ahli-ahli politik APCO-BN
Bukan Pak Daud penoreh getah kat kampung
Yang perlu diselaras ialah rumah-rumah dan kereta besar wakil rakyat
Bukan Pak mail yang mengail ikan gelama untuk 8 orang anaknya

Sunday, July 18, 2010

NOH OMAR MANGSA SETERUSNYA



Semua rakyat Selangor sudah maklum akan perebutan kuasa dikalangan pemimpin tinggi UMNO. Antara Noh Omar dan Khir Toyo yang dilihat tidak sealiran. Masing-masing cuba membina dan melebarkan empayar kekuasaan mereka yang semakin hari semakin tergugat dan menguncup. Terbaru mereka berdua menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu pasir dari dua sisi yang berlainan.

DS Khir Toyo memulakan serangan dengan membawa pemberita dan penyokongnya yang ‘tembam’ ke tanah berhampiran Wetland Putrajaya. Adakah dia fikir dengan tindakan itu rakyat Selangor akan melupakan apa yang beliau telah lakukan kepada Bukit Cerakah yang kesannya jelas dilihat dari bekas pejabat lama dulu. Betapa kawah-kawah besar yang kononya jelas dilihat dari udara adalah hasil dari perbuatan juak-juak mereka yang pernah berkuasa dulu. Betapa rakyat Selangor telah rugi jutaan ringgit kerana kecurian hasil pasir dari bumi Selangor telah dirombak oleh mereka.

Perkembangan ini sudah tentu mengusarkan  pesaingnya DS Noh Omar yang dulu dilihat tidak ambil pusing tentang kerajaan Selangor kini (kecuali masa PRK Hulu Selangor). Beliau mengambil sisi untuk menyerang Kumpulan Semesta SB(syarikat Selangor yang ditubuhkan untuk mengawal pasir). Kononnya berlaku penyelewangan dan mengambil tindakan politik seperti DS Mahyuddin yang akan membuat laporan ke SPRM.(link).

Isu terjawab dengan penjelasan dari KKSB(link) dan mendapat reaksi dari  kalangan pengusaha dan pembeli pasir di Selangor (link). Kenyataan ini sedikit sebanyak merencatkan keghairan UMNO untuk berkuasa semula di Selangor yang menjadi nadi utama ekonomi Malaysia. Betapa seringkali mereka terpaksa menelan air liur mengenangkan hasil yang dulunya mengayakan mereka kini menjadi hak rakyat.

HERO UNTUK YANG KAYA

5 anak panah serentak!

Merompak rakyat yang miskin untuk diberikan kepada kroninya yang kaya tetapi tersepit dalam kemelestan ekonomi.

Saturday, July 17, 2010

5 dalam 1: Blogger pun susah nak cari makan

Ekoran keputusan kerajaan APCO-BN melarang editor menggunakan perkataan 'barang naik' telah merencatkan sumber iklan 'barang naik' dalam blog mereka.

Sekarang mereka kena guna perkataan ' pelarasan'.
Tak kena bunyinya menyebabkan ramai pelanggan keliru.

Wednesday, July 14, 2010

SIAPA SELEPAS TPM MAHYUDDIN

Tak dapat nak bayangkan dimana pada waktu ini PM Najib sedang ketawa terkekeh mengenangkan kebangangan soldadunya termasuk soldadu upahanya(MP Bebas).Menghabiskan boreh aje kau orang ini. Mula-mula Idris Jala isu pasal 'bangkrup Malaysia' . Kononya cuba timbulkan isu subsidi. Jika mendapat reaksi yang positif dari rakyat Najib akan buat finishing yang cantik. Rupanya isu itu memakan diri BN terkedu. Awang Adek cuba pula melonjakkan dirinya dengan isu judi bola. Juga terkedu sehingga kini. Jadi macam kura-kura menyembunyikan kepalanya. Zahrain mengambil alih test power isu Anwar. Sama juga dibaruahkan oleh Raja Petra.Tak masuk Ismail Sabri, Ahmad Mazlan(isu Felda) dan Hishamuddin(isu Anwar n CNN)
Terkini orang nombor 2 nya. TPM Mahyuddin mengasak kerajaan negeri Selangor pasal isu pasir dan air. juga mengenai perpaduan Melayu.Tumpang sekaki Noh Omar dan Khir Toyo. Jawapan yang diberikan oleh MB Khalid Ibrahim kena tepat pada batang hidung Mahyuddin (disini) .
Lepas ini siapa pula yang cuba menonjolkan diri mereka akan menjadi mangsa. PM Najib dilihat berhati-hati membuat sebarang statement. Mungkin atas nasihat APCO yang lebih mementingkan persepsi rakyat terhadapnya. Berapa peratus rakyat suka. Terikut trend Obama.
Namun tak kala aku tumpang sekaki ketawa dengan Najib terfikir aku apakah maklumat(berita) ini sampai kepada rakyat untk mengadilinya. Sewaktu media perdana menutup terus sisi gelap pemimpin BN dan membuka seluas-luasnya kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Monday, July 12, 2010

MEDIA YANG TERSEPIT

Disebalik harok pikuk media Suara Keadilan, Harakah dan barangkali Roket dikenakan tindakan pengantungan kerana beberapa syarat ketat yang sengaja ditimbulkan. Jualan akhbar perdana lain tetap ditakuk lama. Tidak meningkat. Bahkan dalam satu pertemuan dengan wartawan dari akhbar Sinar kami diberitahu jualan mereka mula merosot. Selepas PRU12 jualan di Selangor melebihi 70 ribu naskah sehari. Pendekatan akhar Sinar yang bertemakan Telus dan Tulus berjaya memikat pembaca. Suara dari Pakatan Rakyat sesekali keluar berselang seli dengan BN barangkali dianggap sebagai idealis untuk semua rakyat.

Perubahan mula terasa diawal 2010 bila berita-berita sedikit demi sedikit puak UMNO mendominasi dada akhbar Sinar. Berita-berita mengenai kegiatan ADUN Pakatan Rakyat berkurangan. Ekoran dari itu berbagai persepsi timbul. Adakah pemberita mempunyai hubungan yang 'akhrab' dengan pemimpin UMNO sehingga semua aktiviti ADUN PR tidak mempunyai nilai Telus dan Tulus? Atau lebih teruk ada 'suara dari putrajaya' yang menghalang idealis mereka?

Kesan mula terlihat dikedai-kedai menjual akhbar. Kalau dulu jam 12 tengah hari melihat akhbar Sinar berbaki jarang sekali. Jualan akhbar mereka merosot (30K sehari pun susah nak dapat-itu yang difahamkan). Lalu siapa yang sebenarnya tersepit?