Thursday, October 28, 2010
UMNO DEPAN TARUK BELAKANG TALA
Begitu juga UMNO bila berhadapan dengan orang melayu maka dikhabarkan bahawa orang cina dari DAP sedang cuba menguasai politik dan akan merampas hak-hak orang melayu. Sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan orang cina dianggap sebagai pengkhianat melayu. Bila ditanya bekerjsama dengan MCA atau Gerakan mereka kata itu lain. Kat mana yang lain tak tahu le. Mungkin orang MCA atau Gerakan 'bersunat'?
Yang pasti lainnya ialah bila berhadapan dengan orang cina maka dikhabarkan bahawa PAS jika memerintah negara akan melaksanakan hudud. Kerajaan ala-Taliban akan ditegakkan dan segala kebebasan yang dinikmati oleh orang cina akan disentap.
Tak tahulah bila berhadapan dengan Allah nanti nak khabar apa?
Tuesday, October 26, 2010
RUMAH ATAS ANGIN & RUMAH ATAS TANAH DI GALAS
Monday, October 25, 2010
AIR KENCING NAJEEB MAHAL RUPANYA.
Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].
Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”
Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. WA.
Sunday, October 24, 2010
UMNO GALAS CALUNKAN LULUSAN SPM AJE?
Biodata Calon PAS:
Nama | : Dr.Zulkefli bin Mohamed |
Umur | : 44 Tahun |
Tarikh Lahir | : 16hb. Januari, 1966 |
Nama Isteri | : Zainab binti Jalar |
Umur | : 30 Tahun |
Tarikh Lahir | : 2hb. Jun, 1980 |
- Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.
Pengalaman Kerja :
- 1992 - Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
- 1993 - Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
- 1994 - Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
- 1996 - Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.
Kerjaya Politik :
- 2003 - 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
- 2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
- 2005 - 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
- 2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
- 2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
- 2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
- 2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7
Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.
Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan
Abdul Aziz Yusuf dilahirkan pada 16 Jun 1961 di Kg. Bertam Baru Gua Musang. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Roshana Hashim, beliau dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Dari segi latarbelakang pendidikan, Abdul Aziz memulakan pendidikan rendahnya di SK Bertam, Gua Musang. Pendidikan menengahnya di SMK Jerantut, Pahang dan kemudian masuk ke aliran teknik SMK Teknik Kuantan. Kelulusan tertinggi beliau adalah Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurus Pejabat Operasi Kesedar di RPT Sg. Terah. Beliau mendapat tiga anugerah kehormat iaitu, Ahli Kelantan, Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Pangkuan Negara.
Dalam parti, beliau kini adalah Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta merupakan Ketua Cawangan UMNO RPT Limau Kasturi.(SUMBER : disni)
- Di Thailand syarat utama untuk menjadi wakil rakyat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjanamuda dari mana-mana universiti. Samada UMNO ketandusan calon ataupun mereka tidak menhormati pengundi Galas dengan mencalunkan seseorang yang memiliki kelulusan akademik yang rendah? Bikin malu nama Malaysia aje. Lainlah kalau orang Kelantan mahu pemimpin mereka yang lulus SPM aje.
Friday, October 22, 2010
ULAMAK MUDA UMNO SOKONG ROSMAH HINA NABI
Ketua fraksi ulamak muda UMNO Fathul Bari menyelar PAS yang membantah Festival Busana Muslim(IFF) di Monte Carlo. Festival itu mendapat liputan meluas di luar negara dengan penaungnya ialah DS Rosmah. Festival itu telah mencemarkan Islam kerana apa yang ditonjolkan bertentangan dengan Islam.Dalam festival itu model-model yang mendedahkan aurat telah menghina Nabi Muhammad kerana telah menggunakan ilustrasi khat “Muhammad” sebagai salah satu fesyen.
Pendedahan ini dibuat oleh Dr. Lo’lo, muslimat PAS di Harakahdaily turut mendapat liputan dari bloger-bloger. Dewan Pemuda PAS di tiga buah negeri telah menganjurkan perhimpunan membantah penghinaan itu dengan disertai oleh beribu-ribu penyokong PAS. Sehingga kehari ini tiada sebarang penafian yang dibuat dari pihak DS Rosmah. Dipercayai pendedahan yang dibuat telah menjejaskan isteri PM yang kini sedang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. DS Rosmah yang selalu mendapat liputan berita perdana sejak kebelakangan dengan berita-berita seolah-olah beliau menteri sesuatu kementerian terus tenggelam. Ini memberi peluang DS Sharizat Jalil untuk muncul semula didepan kaca tv. Tugasnya cuma satu mengampu kenyataan DS Najib.
Sekonyong-konyong itu muncullah ulamak muda ini(Fathul Bari) membidas pihak PAS yang didakwa sengaja membesar-besarkan isu penghinaan itu, Peluang berucap untuk pertama kali di perhimpunan agung umno digunakan untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin muda. Tidak ada satu pun ayat yang dikeluarkan membayangkan penyesalan terhadap tindakan penghinaan yang dibuat terhadap Nabi Muhammad saw. Ulamak muda yang pernah mencetuskan kontrovesi dengan pembohongannya mendakwa membawa 40 orang ulamak muda menyertai umno ini semakin menyerlah dirinya yang sebenar. Bersekongkol dengan mereka yang mendakwa pembela agama Islam.
Wednesday, October 20, 2010
UMNO DAN ITIK
1.Jangan celarukan kepala 'itik' Pemuda.
Kata sahabat lama yang kini bahagia bersama UMNO. Beliau kini orang no. 2 dalam Pemuda UMNO. Beliau mengesa perwakilan tidak melaga-lagakan beliau dengan bosnya. Dalam perhimpunan beliau nampaknya cuba 'play safe'.
2. UMNO cuba mengajar itik berenang.
Kelab UMNO luar negara cuba mendoktrin pelajar dengan ideologi mereka. Tidak sah kalau isu ketuanan melayu dan isu membalas budi dibawa bersama dalam setiap siri. Malang sekali UMNO tidak menghormati dan tidak menyelami pemikiran golongan muda ini. Dua orang anak muda wakil Kelab UMNO dari Moscow dan Seoul yang diundang oleh ASTRO AWANI dalam komentarnya menyanjungi kepimpinan DS Anwar Ibrahim yang lebih 'humble' berbanding pemimpin BN.(sumber)
BIG MAMA MELAMPAU
Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.
Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.
Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.
"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.
Tuesday, October 19, 2010
SELEPAS JUAL NEGARA UMNO/BN JUAL RAJA PULA
Selepas menyerahkan satu-satunya tanah hakmilik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kerajaan UMNO/BN terus memperalatkan institutsi istana bagi meraih keuntungan samada politik juga kewangan.. Kos pembinaan Istana Negara di Jalan Duta jika sebelum ini dinyatakan oleh bekas menteri kerjaraya DS Samy Vellu berharga RM 400 juta. Walau bagaimanapun pembinaan istana yang dijangka siap pada tahun 2012 telah mengalami beberapa kali kenaikan, Seperti yang diumumkan oleh menterinya sekarang Dato’ Shaziman Abu Mansor bahawa kosnya telah meningkat kepada RM 797 juta, Ini tidak termasuk kos pembinaan jalan masuk ke istana tersebut dan kos menaik taraf jalan-jalan berkaitan . Jika kos keseluruhan dinilai maka kos terbaru ialah sebanyak RM 935 juta.
Ada pihak tertentu mendakwa kenaikan kos ini sengaja diadakan bagi menjana kewangan untuk UMNO/BN menghadapi pilihanraya yang dijangka diadakan secara mengejut tahundepan(2011). Bayangkan berapa banyak yang mereka perolehi kesan dari perbezaan harga asal dan harga terkini. Ini tidak termasuk harga tapak asal istana negara yang terletak dalam kawasan zon ekonomi Kuala Lumpur.
Orang ramai tidak boleh marah dengan kenyataan ini. Duit ini sebenarnya untuk rakyat juga. Cuba kita bayangkan mana datangnya duit upah pasang billboard, duit gantung banner, tampal poster, duit minyak, duit makan dsbnya. Dari duit inilah. Ketua takkan dapat gaji macam jadi kuli. Jadi ketua bahagian atau ketua cawangan mesti dapat lebih walaupun kerjanya hanya mengarah sahaja. Begitulah senarionya musim pilihanraya adalah musim rakyat mendapat bonus.
Tetapi awas bila musim itu berakhir mereka yang telah mengeluarkan modal berjuta-juta ringgit perlu mengaut semula keuntungan. Keluar RM 1 juta masuk balik RM 10 juta, keluar RM 10 juta masuk balik RM 100 juta. Bagaimana dilakukan? Melalui projek-projek mega yang kosnya beberapa kali dinaikkan. Duitnya dari kantung negara. Hasilnya dari cukai-cukai termasuk harga barang yang naik mendadak yang perlu dijelaskan oleh rakyat.
Mereka yang untung kita juga yang rugi
Thursday, October 14, 2010
PETANDA TERBUNGKAM DISELANGOR DAN PUTRAJAYA
Satu ketika dulu sebelum PRU 12, kerajaan UMNO/BN Selangor pernah berura-ura menaikkan cukai pintu di MPKj. Beberapa pengumunan telah dibuat tetapi kemuncaknya ialah semasa DS Khir Toyo sendiri hadir di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Langkah itu jika diteruskan bakal menyaksikan kenaikan yang amat ketara pada cukai pintu untuk setiap premis di kawasan MPKj. Bayangkan rumah teres 2 tingkat perlu membayar cukai pintu lebih RM 1000. Seperti biasa alasan yang lunak didendangkan dengan bantuan media perdana. Akibatnya hanya segelintir mereka yang prihatin dan sentiasa cakna mula mempersoalkan langkah itu terutama parti-parti politik pembangkang. Bertitik tolak dari itu PAS Serdang terutamanya dan Cikgu Lee (sekarang YB Kajang) dari PKR bergabung tenaga menentang langkah itu.
Beberapa gerakan turun padang berjumpa rakyat umpamanya kempen mengumpulkan tanda tangan dan penerangan kepada orang ramai dilakukan secara berterusan. Aktiviti banyak tertumpu dikawasan orang ramai terutama di pasar Kajang. Akhirnya satu memorandum membantah kenaikan cukai itu telah berjaya dihantar kepada YDP MPKj pada masa itu. Ketika itu pejabat MPKj masih lagi dibangunan lama 2 tingkat disebelah balai polis Kajang. Sekarang tanah itu diberitakan sudah menjadi hak milik Metro Holding. Khabarnya Masjid Jamek Kajang hampir terjual kepada mereka ini.
Rancangan itu ditangguhkan dan bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya (2008). Turut tertangguh ialah kenaikan tariff air di Selangor yang juga menjadi isu hangat ketika itu. Rupanya penangguhan itu berkait rapat dengan pengumuman PRU 12 pada Mac 2008. Hasil perubahan kesedaran orang ramai kerajaan UMNO/BN terbungkam di Selangor dan segala kenaikkan yang dirancang sekira mereka memenangi Selangor tenggelam begitu sahaja sehingga kini.
Pada minggu ini berlaku peristiwa yang hampir sama seperti dulu. Pertama pindaan Akta Buruh yang telah diluluskan tiba-tiba ditarik balik oleh Timbalan Menterinya Dato’ Maznah yang lebih dikenali sebagai ‘The Iron Lady’. Kami menerima mesej dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) untuk mengadakan piket di hadapan Bangi Utama Shopping Complex pada 12 Oktober lalu tetapi pada saat akhir piket itu dibatalkan dan ditukar kepada siding media.
Kedua, berita penangguhan GST yang mendapat tentangan orang ramai kerana kesannya mengakibatkan kenaikan harga barang. Kedua-dua langkah ini jika dilasanakan sebenarnya merugikan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Apakah ini semua petanda awal PRU13 bakal terjelma? Jika benar ianya berlaku seperti dahulu tanda-tanda ini juga menjadi titik tolak terbungkamnya kerajaan UMNO/BN dari Putrajaya mengulangi terbungkamnya UMNO/BN di Selangor.
Tuesday, October 12, 2010
ANTARA NAJIB & MAHATHIR
Dari surat Dato’ Mat Zain bin Ibrahim mantan Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776 bahawa mereka ini telah membuat laporan polis terhadap Tun Mahathir.
7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.
Perhatikan bahawa Ezam, Lokman dan Ruslan, 3 orang kuat PKR kini telah menyertai UMNO. Adakah mereka ini telah menarik balik segala pertuduhan terhadap Tun Mahathir?
Kalau kita renungi sekeras-keras Mahathir ni walau apa pun tuduhan atau kecaman dia buat dek sahaja. Mahathir pernah dituduh sebagai salah seorang yang paling kaya didunia, dia juga pernah dituduh memiliki seorang perempuan simpanan cina di Singapura. Mahathir ni kau nak tuduh apa dia tak kisah cuma jangan kau tuduh anak-anaknya. Buktinya apa yang terjadi pada Anwar(Menteri Kewangan ketika itu) bila bertindak keatas PKB, syarikat perkapalan anak Mahathir yg cuba ’dibailout’ oleh Petronas satu ketika dulu? Apa jadi pada Allahyarham Dato’ Ishak Baharom, mufti Selangor yang bertindak keatas program model berpakaian bikini yang dianjurkan oleh Marina Mahathir dulu?
Berbanding DS Najib PM kini. Dia seboleh-boleh cuba membersihkan namanya dari sebarang pertuduhan. Pengakuan bersumpah Detektif Bala dan terkini Rahimi bekas kakitangan Anwar cuba diubah.
Dari sudut kematangan berpolitik ternyata langkah Najib ini kurang cerdik berbanding cara Mahathir. Namun kita juga harus lihat faktor lain, ada pihak selain Najib umpamanya yang cuba bertindak sedemikian.
Monday, October 11, 2010
UNDI CINA DIGALAS MEMIHAK PADA PAS
Seorang bekas petugas sebuah badan yang dimiliki MCA menjangka, 80 peratus pengundi Cina di Galas akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini.
Ketika ditemui di majlis hari raya yang dianjurkan Harakah baru-baru ini, beliau berkata, walaupun tidak ada kajian mengenainya, "Saya yakin angka ini betul."
Mungkin bila menyedari hal ini Presiden MCA cuba memancing isu perkauman dengan mengulangi kembali kenyataannya semasa di Kedah dulu.
Pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.
PM DS Najib yang turut berada dalam majlis yang sama tumpang sama.
Maka berkatalah Lim Guan Eng "” Biarkanlah Si luncai itu terjun dengan labu-labunya”
Semoga tiada pemimpin PR terikut-ikut dengan rentak mereka. Fokus pada Galas
Sunday, October 10, 2010
ANTARA KUANTITI DAN KUALITI PKR TERJERAT
punSeusai PAS memenangi kerusi DUN 26 Bangi penulis secara peribadi mencadangkan kepada YB Dr. Shafie Abu Bakar untuk menggunakan ruang sebagai pemerintah bagi memantapkan parti dengan menambah keahlian seramai mungkin. Menyedari bahawa ramai ahli UMNO hanya menyertai parti itu tidak memahami asas perjuangan yang sebenar. Kebanyakan dari mereka menyertai UMNO hanya kerana faktor kebendaan sahaja dan jika kebendaan tidak dapat dihamparkan buat mereka ramai yang akan meninggalkannya. Ternyata persoalan itu bukan semudah yang terungkap.
Satu faktor yang mungkin kita abaikan ialah budaya. Selama 50 tahun budaya dan cara pemerintahan UMNO telah berakar umbi dalam masyarakat dan jentera pentadbiran kerajaan. Sedikit sebanyak terutama mereka yang oportunis akan terikut menjiwai dan meresap kedalam kehidupan mereka. Pengundi-pengundi masih lagi mengharapkan dan menggunakan orang politik untuk memenuhi tuntutan peribadi mereka. Umpama satu kes dimana seorang pendundi datang menemui YB Dr. Shafie untuk menghalang pihak MPKj mengambil tindakan keatasnya. Pengundi itu seperti biasa mengaku mengundi PAS pada PRK ke 12 dulu. Lebih hebat lagi bila belaiu mengaku berjaya mempengaruhi beberapa orang penyokong tegar UMNO/BN agar melakukan perubahan. Entah ye tidak tiada siapa menyoal. Apakah respon Dr Shafie terhadap masalah itu? Beliau suruh pengundi itu membayar denda yang dikenakan oleh MPKj atas kesalahannya itu.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Dr. Shafie itu. Antara manifesto yang masih segar difikiran kita waktu itu ialah berkebajikan terhadap rakyat. Sedetik mungkin akan terlintas difikiran bahawa wakil rakyat yang baru dipilih ini sudah lupa daratan. Sudah lari dari memperjuangkan nasib rakyat. Secara politiknya beliau bakal kehilangan undi dari pengundi tersebut dan mungkin dari rakan-rakannya seperti yang didakwa.
Namun jika kita perhalusi tindakan Dr. Shafie itu kita mungkin bersetuju. Wakil rakyat dipilih untuk memperjuang nasib rakyat secara keseluruhan dan bukan bersifat individu. Pengundi yang menemui Dr. Shafie telah melakukan kesalahan kerana mencerobohi tanah kerajaan untuk penambahan bangunan rumahnya . Walau pun hal ini melibatkan kebajikan pengundi tersebut namun pekara yang lebih penting ialah kepentingan orang ramai secara keseluruhannya. Antara kepentingan peniaga ditepi jalan yang secara keseluruhan orang melayu dan kepentingan penduduk jalan berkenaan yang mungkin majoritinya bukan melayu. Ramai dari mereka telah dilindungi oleh wakil rakyat UMNO sebelum ini hanya dengan pengakuan mereka ahli UMNO sesuatu cawangan.
Dalam satu kes pemilihan ketua kampung di Bangi. Seorang ketua cawangan UMNOsanggup membubarkan cawangannya dan menyuruh ahli-ahli memasuki PAS jika beliau dipilih. Liciknya atau mungkin terdesak beliau juga membuat janji yang sama dengan PKR. Malang sekali rekod beliau yang tidak bersih dan mengenangkan tindakan beliau terhadap demokrasi kampung tersebut maka beliau tidak terpilih.
Seorang sahabat yang dikenali sebagai orang kuat PKR Sepang datang menziarahi dua hari yang lepas, Beliau ini adalah penyokong tegas PKR sejak bermula zaman reformasi dahulu.Beliau kekal menganggotai PKR walaupun disaat PKR hampir terbungkam pada tahun 2004. Selepas PRU 12 walaupun Sepang gagal diwakili oleh PKR beliau sebagai ajk berbangga kerana keahlian PKR semakin bertambah. Namun kehadiran beliau kali ini kurang ceria terutama bila dibangkitkan dengan pemilihan PKR. Katanya ramai ahli baru PKR yang berjaya dengan profession mereka mula menguasi PKR dewasa kini. Beiau khuatir dengan umur di PKR yang begitu muda adakah semangat perjuangan PKR mampu diresapi. Perebutan jawatan sekurang-kurangnya menjadi ahli majlis sesuatu PBT agak ketara.
Mengenag hal ini penulis teringat saranan untuk menambah ahli secara drastik dulu. Ternyata kualiti keahlian wajar dutamakan. Namun apakah KPI kepada kualiti ini?
Friday, October 8, 2010
DUN GALAS & DUN BANGI
Komposisi kaum di Galas hampir menyerupai DUN Bangi. Melayu=65% Cina=21%. Bezanya kaum India di Bangi mewakili 13% manakala di Galas Cuma1.8%. Mungkin pengalaman DUN Bangi memenangi kerusinya dengan majoriti 6000 boleh digunakan.
Melihat pada demografi ini ternyata pihak-pihak yang menggunakan isu perkauman sebagai propaganda pilihanraya dilihat kurang bijak serta bakal merugikan diri sendiri. Menyedari hal ini tidak hairanlah jika sekarang kita lihat UMNO seolah berseteru dengan PERKASA. Sepatah ayat yang keluar dari mulut Ibrahim Ali maka UMNO/BN akan kehilangan satu undi di Galas dalam PRK nanti. Kokok lantang PERKASA yang meroyan dengan publisiti akan cuba dikurangkan sebanyak mungkin bagi memberi ruang dan peluang kepada UMNO. Sekarang adalah masanya untuk Ibrahim Ali dan PERKASA berhibernasi. Tun Mahathir mentor PERKASA juga mungkin boleh turut sama berhibernasi lebih-lebih lagi selepas mendapat ‘bonus umur’ setelah masuk hospital di Australia. Dari sudut lain Tun Mahathir sebenarnya kurang disenangi oleh kebanyakkan rakyat Kelantan kerana tindakannya sepanjang menjadi PM sentiasa ‘menghukum’ rakyat Kelantan dengan membelakangkan mereka.
Sehubungan dengan itu PAS tidak boleh turun berkempen atas kepentingan parti PAS sahaja. Peranan Pakatan Rakyat harus diutamakan. Mungkin DAP walaupun tidak mempunyai cawangan disana boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi 21% kaum Cina disana. Begitu juga Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu mengalas beban yang besar untuk bersama-sama turun padang mendekati mereka yang bukan beragama Islam.
Jika di Manek Urai dulu UMNO/BN boleh dikatakan hampir berjaya mengelirukan sebahagian besar pengundi Melayu dengan isu kerajaan perpaduan PAS-UMNO kini isu itu telah selesai. Mungkin sekali lagi UMNO akan cuba menghimpunkan isu-isu lapok seperti pembangunan, melaksanakan hukum hudud dan isu PAS jadi kuda tunggangan. Namun isu yang mungkin agak mencabar ialah isu bekalan air bersih di Kelantan. Tetapi rasanya pemimpin PAS telah bersedia berhadapan dengan isu ini.
Tuesday, October 5, 2010
APA KU LI MAHUKAN DARI GALAS?
Nama anak raja Kelantan yang dipinggirkan daripada kabinet 2 PM (Pak Lah dan Najib) tiba-tiba diperlangirkan. Ku Li membawa satu ikon golongan mereka yang bersemagat waja dalam politik tapi dipinggirkan. Berapa ramai mereka yang senasib dengannya samada kawan atau lawan hanya mampu memerhati dari luar gelanggang tempat yang dulunya mereka berpencak. Ku Li adalah warisan terakhir dan mungkin juga harapan terakhir untuk dijemput kembali memasuki gelanggang. Mike Tyson Selangor mungkin antara mereka yang penuh minat mengikuti perkembangan seterusnya.
Entah angin mana yang menyapa dengan tiba-tiba Ku Li bersetuju untuk mengalas beban sekurang-kurangnya menjadi pengarah pilihan raya kecil DUN Galas. Sebagai ahli politik veteran beliau semestinya telah cukup matang dengan senario politik kini. Buruk atau baik telah diperhalusi dan keputusan menerima jawatan pengarah prk semestinya mendapat restu dari penyokongnya.Apakah tindakan itu wajar? 10 tahun dulu Ku Li adalah wira rakyat terutama pada rakyat Kelantan. Bahkan penduduk orang asal di Gua Musang sering mengambarkan beliau sebagai ‘anak raja kito’. Pernah satu peristiwa semasa menerajui Semangat 46 pihak UMNO telah cuba memperdaya orang-orang asal diGua Musang. Lalu diangkut mereka menggunakkan lori JKR ke tempat perhimpunan. Bila menyedari mereka diperdayakan orang asal Gua Musang ini sanggup berjalan kaki pulang meninggalkan majlis perhimpunan tersebut. Dalam satu PRK Gua Musang(melalui petisyen pilihanraya dimana seorang pengundi mengaku mengundi bagi pihak bapa saudaranya yang sakit) pihak UMNO cuba memalukan beliau dengan mencalunkan seorang tukang kebun sekolah untuk bertanding dengannya. Seperti yang dijangka Ku Li memenangi semula kerusi parlimen Gua Musang tanpa perlu berkempen.
Tapi itu cerita dulu. Sekarang orang asal Gua Musang sudah pandai berinternet, sudah pandai berfacebook. Sumber maklumat alternatif mudah terhidang. Kalau dulu Ku Li bolehh gah dengan majoriti 5 angka kini semakin mengecil (bawah 5000).
Apa yang Ku Li mahukan dari Galas? Dan yang paling penting apa yang Ku Li mahukan dari UMNO yang telah meminggirkan beliau? Naijib mungkin lebih perlu memahami apa yang diusahakan oleh timbalannya Mahyuddin Yasin kerana itu dia tidak segalak timbalannya menceritakan mengenai Galas. Menag atau kalah Ku Li di Galas walaupun sebagai pengarah PRK sebenarnya memberikan implikasi yang besar pada Najib. Sekiranya Rosmah bini Najib menyedari hal ini mungkin akan ada usaha memboikot dikalangan penyokong Tok Pa.
Itulah senario politik. Sukar diramalkan.
Monday, October 4, 2010
KEMANA DUIT BANTUAN PUSAT UTK MASJID DAN SURAU DI BANGI
Berikutan dengan laporan itu jawatankuasa masjid dan surau meragui kesahihan dan mempertikaikan laporan berita itu kerana ramai mendakwa tidak pernah menerima sebarang bantuan dari Datuk Fathil seperti yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.
Hj. Kamaruddin, Setiausaha Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi yang dihubungi menyatakan kekesalan terhadap laporan tersebut. Menurutnya Masjid Al-Hasanah tidak menerima apa-apa bantuan daripada Datuk Fathil.
Selain dari masjid Al-Hasanah laporan juga diterima dari Masjid As-Solehen(Teras Jernang) dan Masjid Hj Mat Saman(Sg. Ramal Luar) yang terkejut dengan laporan dari Sinar Harian tersebut. Setiap masjid diperuntukkan sebanyak RM 1,000 setiap satu manakala surau-surau diberi sebanyak RM 500 setiap satu. Laporan juga diterima dari surau-surau yang terbabit seperti Surau An-Nur, Surau Al-Istiqamah dan Surau Al-Ohm yang turut menafikan menerima bantuan tersebut.
Beberapa pihak yang ditemui turut menyatakan kekesalan mengenai laporan tersebut. Pihak UMNO didapati cuba mencari publisiti murah dengan meniru cara gerak kerja ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dengan mengwar-warkan segala aktiviti di akhbar tersebut. Malang sekali sumbangan yang diwar-warkan tidak berlaku dan ini menimbulkan tanda tanya samada program tersebut benar-benar dilakukan atau ada pihak yang telah menyalahgunakan peruntukan yang diberikan.
Friday, October 1, 2010
KABARE? WARAS
Bila orang jawa bertemu dialog pembuka bicara ialah kabare (apa khabar). Maka jawapan yang pasti ialah waras (khabar baik).
Waras dalam maksud yang sebenar ialah berfikiran waras tidak terganggu.
Dalam hal ini Ku Li masih waras belum menyatakan persetujuan untuk samada untuk mengetuai jentera BN ataupun menjadi wakil BN (UMNO) dalam PRK Galas. Sebagai seorang veteran politik satu perkara yang paling penting ialah pendiriannya. Inilah harga diri yang tinggi dalam kerjaya sebagai ahli politik. Kerana kita sedia maklum ramai ahli politik bersikap hipokrit.
Dan mungkin kerana pendirian maka ahli parlimen DAP Perak, YB M. Kulasegaran ingin meletak jawatan diperingkat negeri (Timbalan Pengerusi DAP).
Antara kepentingan parti dan pendirian individu akan meletakkan mereka disatu persimpangan, Jalan manakah yang bakal dipilih?